Terkena serangan jantung akibat masuk rumah hantu, remaja 16 tahun meninggal kerana terkejut

Oleh: Shasha Zack

Tiada siapa yang tahu akan takdir kematian mereka. Begitulah berita pemergian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disahkan meninggal dunia akibat terlampau terkejut selepas memasuki rumah hantu di Pahang.

"Serangan jantung di rumah hantu!"

Difahamkan, menerusi kenyataan pengerusi dan sukarelawan UKVJ, Mr Wan Chai di Facebook, pelajar 16 tahun, Allahyarham Mohammad Suhairil telah rebah secara tiba-tiba sewaktu berkunjung ke rumah hantu tersebut. Hasil siasatan mendapati dia mengalami serangan jantung yang dipercayai berpunca daripada kejutan yang melampau pada 1 November lalu.

Jasad remaja tersebut diuruskan oleh pihak sukarelawan UKJV kemudian dibawa pulang ke kampung halaman bagi menguruskan pengebumian.

Allahyarham masih bersekolah, rajin bantu ibu bapa cari rezeki

Jenazah Allahyarham  Suhairil telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka pada jam 10.15 malam. 

Arwah merupakan seorang pelajar yang masih bersekolah dan mempunyai 6 orang adik beradik. Berperwatakan sangat baik, Allahyarham seorang yang sangat rajin membantu ibu bapa mencari rezeki dengan menjual nasi lemak sebagai pendapatan utama keluarga.

 

Arwah mengikuti percutian rakan baiknya selama 3 hari  2 malam

Kegembiraan arwah yang mengikuti percutian keluarga rakan baiknya selama 3 hari 2 malam di Pahang bertukar duka saat mereka memasuki rumah hantu di sana. Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada hari ke-3 percutian mereka di sana.

Arwah difahamkan mengalami serangan jantung sewaktu masuk ke rumah hantu dan segera dikejarkan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Namun, arwah disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di klinik tersebut.

Semoga ibu bapa dan adik beradik redha dengan pemergian arwah

Pengebumian yang dibantu oleh tim UKVJ telah berjalan lancar atas amanah yang disampaikan oleh bapa Allahyarham Suhairil. Mr Wan Chai juga mendoakan agar semua keluarga redha dengan pemergian ini dan mendoakan agar mereka semua kuat dengan dugaan yang menimpa.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen