Pernah nekad buka baju jika JDT kalah, penyokong tegar ganti 'nazar' pasang 'tinted' surau

Oleh: Shasha Zack

Tular sebelum ini mengenai seorang penyokong tegar JDT yang nekad untuk membuka seluruh pakaian dari Kuala Lumpur ke Johor sekiranya JDT dikalahkan oleh pasukan KL City dalam perlawanan final TM Piala Malaysia 30 November lalu.

"Minta maaf tak jadi, saya ada sesak nafas."

Namun begitu, kemenangan KL City yang mengejutkan negara dengan mata 2-0 menentang JDT ternyata membuatkan invididu ini 'ketar lutut'.

Individu ini diburu netizen bagi menagih janji yang dibuat. Namun, tak lama selepas itu, tular pula gambarnya yang memakai tangki oksigen dengan kapsyen mohon maaf tidak dapat menyelesaikan janji tersebut kerana sesak nafas.

"Saya minta maaf, bernazar nak tinted kan seluruh surau ni.."

Terbaru, lelaki tersebut telah membuat permohonan terbuka di akaun Tiktok miliknya, @tintedoffer2 atas ketelanjuran katanya tempoh hari. Individu tersebut juga dengan rendah diri berharap agar rakyat Malaysia memaafkan dirinya malah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. 

Lelaki ini juga berniat untuk meletakkan tinted percuma pada seluruh tingkap surau sebagai ganti kepada 'janji' sebelum ini.

"Dia pon dah minta maaf, terima kasih untuk tinted surau.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap lelaki ini yang berani tampil meminta maaf dan menyokong tindakannya yang bersedekah untuk memberi tinted pada seluruh tingkap surau.

"Lain kali jangan buat lagi.."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen