Isteri tangkap suami curang, suruh kahwin dengan skandal sampai keluar drama air mata - "Melutut konon."

Usia perkahwinan yang menjangkau 13 tahun tidak bermakna apa-apa setelah suami memilih untuk curang dengan wanita lain. Itulah kisah tragis perkahwinan yang dikongsi oleh seorang wanita yang 'menyerang' suaminya dengan skandal setelah 2 tahun menjalin hubungan rahsia.

"Cara saya hadapi kecurangan suami, kahwinkan mereka.."

Kisah yang tular di Tiktok menerusi perkongsian isteri, @ayuerizky_ramadhani menceritakan bagaimana dia menangkap suaminya yang curang di rumah seorang janda anak 1 dalam rumah yang mereka duduki.

Caranya yang 'elegent' tanpa langsung ada adegan menangis atau tarik rambut sangat tular kerana wanita tabah ini memilih untuk mengahwinkan suaminya dengan wanita perampas tersebut.

Berlaku drama air mata ketika suami dan skandal tersebut kononnya menangis tidak setuju untuk dikahwinkan sambil keduanya melutut di hadapan wanita ini.

Dua tahun simpan skandal dengan janda anak 1

Memuat naik pembongkaran tentang skandal yang suaminya miliki, dia menggunakan suara latar 'reveal selingkuhan suami' bersama gambar-gambar yang dicantumkan menjadi sebuah video yang berdurasi 10 saat.

"Dah disuruh nikah taknak pulak, nak apa sebenarnya??"

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang 'panas' melihat kecurangan yang terpaksa dihadapi oleh wanita ini. Malahan ada yang mengatakan wanita terlampau cantik namun tidak dihargai oleh suaminya malah sanggup curang di belakang isteri.

"Dah la tak good looking.."

Ada juga yang menyelar tindakan suami tersebut kerana sudahlah tidak tampan, tapi mempunyai niat untuk mencari yang lain sehingga membutakan rata-rata netizen merasa marah dengan sikap lelaki tersebut.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,039,209 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen