Suami isteri 'excited' dapat beli peti ais pertama lepas 4 tahun kahwin

Oleh: Shasha Zack

Bagi pasangan yang baru merasai hidup berumah tangga pasti akan melalui detik-detik sukar dalam hidup. Namun begitu, kita harus percaya dengan rezeki selepas kahwin yang telah ditetapkan beserta usaha gigih demi kehidupan yang lebih baik.

"Terima kasih abi banyak berjuang.."

Perkongsian dari @naziranawawi di Tiktok mendapat perhatian netizen yang turut sama gembira dengan 'pencapaian' pasangan ini akhirnya dapat membeli peti ais setelah 4 tahun berkahwin.

Difahamkan, peti ais tersebut sepatutnya sampai lebih lewat namun ianya tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan. Peluang itu digunakan isteri untuk membuat kejutan sebaik sahaja suami tersayang pulang dari kerja.

"Baru ada peluang berdikari, sebelum ni tinggal dengan mentua.."

Terdapat seorang netizen yang mempersoalkan kenyataan wanita ini mengenai pembelian peti ais setelah 4 tahun berkahwin. Menjawab persoalan tersebut, wanita ini menjelaskan bahawa selama ini dia hidup dengan mentua dan baru sahaja berpindah keluar demi belajar hidup sendiri. Cuma keluar dengan wang belanja yang tinggal RM300 dan kini dia berjaya membeli peti ais setelah 3 bulan menyimpan.

"Untuk semua isteri, terima kasih tetap di sisi suami.."

Terdapat juga netizen yang memberi kata dorongan buat isteri di luar sana yang sanggup bersusah payah demi suami dari tiada apa-apa sehingga apa yang mereka ada kini. Malahan netizen tersebut turut mendoakan kebahagiaan mereka dalam kehidupan berumahtangga.

"Pernah rasa apa sis rasa.."

Ada juga netizen yang berkongsi pernah merasai pengalaman sama dengan isteri ini dan sangat gembira apabila suaminya membelikan sebuah mesin basuh baru.

"Faham perasaan happy tu.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen