Terpisah sebab pindah, gadis bahagia dapat naik pelamin dengan 'senior' sekolah dulu

Menyimpan perasaan terhadap seseorang bukan bermakna kita pengecut, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga kerana ia mungkin akan menyebabkan suasana yang janggal di kemudian hari.

Senior sekolah jadi suami

Namun, apabila Allah telah berkehendak tiada yang mustahil jika dia akan menjadi milik kita seperti kisah dikongsikan oleh wanita ini di laman Tiktok apabila videonya mendapat perhatian pengguna platform itu.

 

 

 

 

Dia yang hanya ingin dikenali Rinaraa telah selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang juga merupakan senior di sekolahnya pada suatu ketika dahulu.

Tak berani nak tegur

Bercerita tentang pengalamannya, Rina pernah menyimpan perasaan terhadap suaminya dahulu, namun tidak berani ingin mendekatinya sehingga mereka terpisah kerana perlu pindah sekolah.

"I add dia dekat FB lepastu dah tak pakai FB...Lost contact dan cuba untuk move on, tapi tak boleh... selalu teringat dekat dia. Kakau teringat je doa dekat dia..."

"Sebelum ni I ada je hubungan dengan orang lain tapi banyak je halangan...dengan dia semua jadi mudah."

-Rina-

Jodoh datang tepat pada waktu

Dalam waktu sama, siapa sangka rupanya suaminya juga mempunyai perasaan yang sama dan telah memutuskan untuk membawa hubungan tersebut ke arah yang lebih serius.

Tambah Rina, usah bimbang hal yang berkaitan dengan jodoh kerana ia akan datang tepat pada waktu yang sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen