Asap gunung berapi masih tebal, sukarelawan sebak jumpa mayat ibu dan anak berpelukan

Selepas kejadian gunung berapi Semeru meletuse sk, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terlibat kembali diteruskan dengan disertai beberapa kumpulan sukarelawan.

Penemuan mayat ibu dan anak berpelukan

Seorang sukarelawan memaklumkan, selain membantu mendirikan pusat perlindungan sementara, pasukannya turut diarahkan untuk memeriksa sejumlah kawasan terjejas selain memberi sokongan psikologi kepada penduduk.

"Ketika kami melakukan pemeriksaan, kami menemukan mayat ibu dan anak saling berpelukan di Curah Kobokan."

"Kami juga menemukan sejumlah mayat bertindahan antara satu sama lain di dalam sebuah trak."

-David-

Kenderaan tak dibenarkan masuk

Tambahnya, kenderaan pacuan empat roda tidak dapat lagi digunakan untuk memasuki kawasan kampung tersebut susulan jalan licin akibat dipenuhi debu gunung berapi dan lahar yang tebal.

Asap masih tebal

Untuk rekod, gunung tertinggi di Pulau Jawa itu telah mengeluarkan kepulan asap yang tebal sehingga menyebabkan beberapa kawasan lereng gunung diselaputi hujan abu.

Kejadian itu secara tak langsung telah mengorbankan beberapa orang penduduk sekitar dan tak kurang juga yang mengalami kecederaan.

Namun begitu, penduduk telahpun dipindahkan untuk sementara waktu memandangkan wilayah itu masih belum selamat untuk diduki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen