Sambut 'anniversary' ke tiga, suami hadiahkan lima peti barang kemas buat isteri tercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan suami isteri yang kerap menggatakan busana-busana bertema bersama isterinya sehingga menjadi buah mulut orang.

Buat penggemar platform TikTok, pastinya sangat mengenali pemilik akaun bernama DS Prince Syed Shahid ini yang sentiasa romantis bersama isteri tercinta.

Baru-baru ini, pengguna TikTok berkenaan telah memuat naik video yang memaparkan dirinya memberikan lima peti barang kemas buat isteri tersayang pada ulang tahun perkahwinan mereka ytang ketiga.

Menurut pemilik nama sebenar Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othma, 29, dia sememangnya berniat ingin memberi kejutan buat isteri tercinta, Fatin Syazwani ishak, 23.

Katanya kepada Harian Metro, isterinya mengetahui akan majlis yang bakal mereka adakan itu namun tidak menjangkkan akan menerima hadiah barang kemas sebanyak itu daripada dirinya.

Meskipun tidak diberitahu berapa jumlah setiap harga kesemua barang kemas tersebut namun semua sedoa maklum setiap peti mengandungi dua barang kemas.

Usahawan produk itu juga meluahkan bahawa dia sangat bersyukur kerana dapat memberikah hadiah kepada isteri dan sama sekali tidak merasakan apa yang diberi sebagai satu bentuk pembaziran.

“Setiap peti itu sebenarnya berisi dua barangan kemas terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin.

“Isteri sudah boleh agak saya akan beri hadiah namun bukan sebanyak itu. Jujurnya, saya tidak menganggap ia satu pembaziran kerana sudah lama pasang niat untuk hadiahkan isteri barangan kemas itu dan syukur dapat realisasikan hasrat saya.

“Saya percaya Allah akan lipat gandakan lagi rezeki jika ikhlas untuk gembirakan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang majlis tersebut dilakukan bertujuan untuk menghargai isteri. Hal ini kerana pada ulang tahun perkahwinan pertama mereka, majlis hanya disambut secara kecil-kecilan dan untuk kali kedua pandemik sedang melanda.

“Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama kami dulu disambut ala kadar saja dan mengikut perancangan, saya mahu anjurkan majlis lebih meriah tahun lalu.

“Kad jemputan juga sudah diedar kepada tetamu namun keadaan pandemik yang membimbangkan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan majlis dirancang terpaksa dibatalkan.

“Hampa juga waktu itu dan oleh kerana sudah ada kelonggaran diberi kini, saya yakin ini masanya untuk gembirakan isteri dengan mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen