Sapu bedak di wajah pengantin, kelakuan lelaki nampak ikhlas jadi perhatian -"Susah nak jumpa kawan macam ni..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika bergelar raja sehari, biasanya hanya pengantin perempuan sahaja dikenakan solekan agar tampil menawan pada hari bermakna itu, manakala pengantin lelaki jarang dilihat untuk kenakan solekan pada wajah.

Bagaimanapun, untuk tampil dihadapan orang ramai, biasanya ahli keluarga yang akan mendandan sedikit wajah pengantin lelaki agar tidak terlihat begitu ‘berminyak’.

Sapu bedak pada wajah pengantin.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini apabila menyapu bedak pada wajah abangnya sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @adikhusin7 ini memaparkan gelagat seorang lelaki bersama pengantin yang lengkap berbusana raja sehari.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat lelaki berkenaan tidak kekok apabila menyapu bedak pada wajah pengantin selain meratakannya dengan betul.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji kelakukan lelaki berkenaan malah, ada juga yang berseloroh sekiranya pemuda berkenaan sudah berpunya atau belum.

Nampak keikhlasan dia

Untung ada kawan macam ni

Dah berpunya ke belum?

Selamat pengantin baru

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen