Cinta hingga akhir hayat, isteri cium topi arwah suami berkali-kali lepaskan rasa rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Merindui seseorang yang telah pergi tentunya perasaan yang tidak tertanggung. Bukan sahaja tidak boleh meluahkan apa dirasa namun hanya kenangan sahaja yang masih kekal dalam ingatan.

Namun, setiap kenangan dan peninggalan barang arwah tentunya akan dijaga sebaik mungkin untuk menjadi pengubat rindu yang semakin mendalam.

Cium topi arwah suami.

Itulah yang dilalui seorang wanita ini apabila anaknya yang merupakan pengguna TikTok dikenali sebagai @comeylotey berkongsi gelagat ibunya disaat rindukan pada arwah ayahnya.

Dalam rakaman video tersebut, dapat dilihat ibunya mencium topi peninggalan arwah suaminya berkali-kali di sebuah kedai makan.

Selepas ditanya oleh anaknya, ibunya menunjukkan topi tersebut selain mengakui bahawa dia membawa ke mana sahaja barang penuh kenangan itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak selain mendoakan agar pasangan itu bersatu kelak. Malah, mereka turut memahami rasa rindu pada orang yang telah tiada.

Atok tunggu di syurga

Rindu yang paling sakit

Kasih isteri pada suami

Kongsi pengalaman sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen