Melalak tak ingat dunia, sekumpulan pengunjung panik rakan disampuk ketika 'camping'

Masuk tempat orang ada adab, baik 'tuan rumah' itu dapat dilihat secara zahir atau sebaliknya, lebih-lebih lagi apabila ketika berada di dalam hutan.

Disampuk ketika 'camping'

Peribahasa kerana mulut badan binasa mungkin dapat dipadankan dengan perkongsian Cyril Bana di laman Facebook yang menyaksikan kejadian misteri menimpa sekumpulan pengunjung ketika sedang berkelah di Kemensah.

 

 

Dalam hantaran berdurasi 57 saat itu, difahamkan terdapat satu kelompok pengunjung yang gagal menjaga adabnya sewaktu berkelah dengan melalak dan menyanyi sekuat hati, walhal pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Terus pasang ayat Al-Quran

Selain mengganggu ketenteraman pengunjung, nampaknya ada penghuni hutan lain yang turut 'terganggu' dengan situasi itu sehingga salah seorang dari mereka tiba-tiba menjerit seperti disampuk.

Situasi agak tegang buat seketika, irama lagu rancak yang dipasang mereka kemudian ditukar dengan ayat suci Al-Quran bagi meredakan keadaan.

 

"Sabar makhluk ghaib ni lain"

Susulan perkongsian, ruangan komen dipenuhi pelbagai respon yang rata-ratanya puas hati dengan 'teguran' halus itu kerana dalam waktu sama dapat memberi pengajaran kepada pengunjung lain.

 

 

 

"Geram tengok diaorang"

"Patut semua kena..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen