Misi cari mangsa terpaksa ditangguh, gunung berapi Semeru kembali 'meledak'

Misi mencari dan menyelamat mangsa terlibat kejadian gunung berapi di Lumajang, Pulau Jawa terpaksa ditangguhkan ketika ini susulan ledakan berulang yang berlaku di gunung itu pada Isnin.

Gunung Semeru kembali aktif

Difahamkan, gunung terbesar itu mengeluarkan bunyi bergemuruh selain memuntahkan cendawan abu gunung berapi ke langit dan menghujani lumpur panas menyebabkan beribu-ribu orang panik meninggalkan rumah mereka.

"Semua pasukan pemindahan sudah ditarik keluar...buat sementara waktu kerana terdapat sedikit letusan baru dan ia boleh membahayakan pasukan."

-Sumber-

Misi menyelamat bertambah sukar

Menurut Agensi Bencana Nasional Indonesia, setakat ini seramai 27 orang dilaporkan hilang selain meluahkan kesukaran pasukan terlibat mencari mangsa kerana kepulan asap tebal selain memaklumkan serpihan gunung berapi mula mengeras.

"Ia sangat sukar...dengan alatan biasa."

"Anggota penyelamat lain membantu penduduk kampung yang terdesak menyelamatkan barang-barang mereka dari rumah yang musnah."

-Sumber-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen