"Ingatkan kena scam..."-Silap pin alamat, pelanggan tergelak 'rider' kata sangkut tengah sawah

Seiring dengan perkembangan teknologi, nampaknya orang ramai dapat menikmati pelbagai kemudahan hanya di hujung jari tanpa perlu bersesak lagi.

Namun, perlu diketahui bahawa setiap teknologi ciptaan manusia ini pasti ada kelemahannya yang tersendiri, misalnya gangguan sistem yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Buntu alamat pelanggan tengah bendang

Contoh paling relevan mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian Muhammad Hilmiiy dalam kumpulan 'FoodPanda Rider Malaysia'.

 

Dalam hantaran tersebut, dia yang juga merupakan seorang penghantar makanan ada memuat naik dua buah video yang berbeza menyaksikan gelagat pelanggan ketika memesan makanan.

Rupanya salah pin lokasi

Hendak dijadikan cerita, pelanggan terbabit silap meletakkan alamat penghantaran menyebabkan Hilmiiy berdepan detik sukar untuk mengesan jejak lokasi pelanggan.

Tidak semena-mena, lokasi itu membawanya sehingga ke tengah sawah. Walaubagaimanapun, mujur pelanggannya senang untuk dihubungi bagi mendapatkan lokasi yang baru.

"Rumah dia bawah sawah"

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sakan berseloroh sesama mereka.

 

"Mungkin tembus pintu lain"

"Untung bendang, aku pernah sampai kubur"

 

"Cobaan, tapi hang terbaik"

Dalam waktu sama, kesabaran Hilmiiy juga dipuji kerana dalam situasi itu dia masih mampu tenang, sedang segelintir 'rider' mungkin akan bertindak sebaliknya lebih-lebih lagi dalam cuaca terik seperti itu.

"Steady lah bang, siap gelak"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen