Wanita terkejut, HQ Meeracle hantar kuda sebagai 'reward' sebab raih jualan tertinggi

Produk kecantikan tempatan, Meeracle telah mencipta fenomena baru apabila menjadikan kuda sebagai hadiah istimewa untuk diberikan kepada Master Stokis yang telah mencapai jualan tertinggi.

"Kami bangga dengan pencapaiannya."

Menurut Bella Luna yang merupakan Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Kuda Thoroughbread (Belima) berwarna Dark bay merupakan ganjaran istimewa bulan November stokis mereka iaitu Siti Azlina Mohd Halil.

"Hadiah kuda ini dimiliki oleh Top Masterstockist Meeracle Siti Azlina yang telah mencapai target jualan pada bulan November."

"Prestasi Masterstockist Meeracle sangat memberangsangkan dan kami berbangga dengan pencapaiannya walaupun industri kini agak terjejas akibat pandemik Covid-19, tetapi beliau masih mampu menunjukkan prestasi yang luar biasa."

"Oleh itu, kami menghargai keringat beliau dengan menganugerahkan hadiah yang istimewa dan lain daripada yang lain."

-Bella Luna-

Kejutan juga dirancang HQ Meeracle

Untuk makluman, Siti Azlina juga telah memegang gelaran Miss Meeracle selama 3 tahun berturut-turut bermula 2017 dan telah dinobatkan sebagai 'Lady Meeracle' pada tahun 2020.

Tambah Bella, hadiah kuda itu juga merupakan satu kejutan yang dirancang oleh pihak ibu pejabat Meeracle untuk diberikan kepada pemenang ganjaran istimewa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen