Susah nak suruh OT, rakan kerja berjemaah angkat motor tak bagi balik awal

Dikelilingi rakan kerja yang baik merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri.

Ia boleh menjadi antara asbab kita bertahan lama di sesebuah tempat kerana persekitarannya yang sihat dengan aura yang positif.

Saja sakat member susah nak OT

Misalnya mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian njwanzul di laman Tiktok.

 

 

Dia telah berkongsi 'moment' di tempat kerjanya menyaksikan gelagat rakan kerja yang suka menyakat antara satu sama lain. Maklumlah, kasar-kasar gurauan lelaki pun persahabatan mereka tiada tandingan.

Berjemaah angkat motor tak bagi balik

Dalam hantaran itu, mereka berpakat untuk mengangkat motor rakan kerjanya kerana enggan dia pulang awal.

Difahamkan, rakannya itu merupakan antara staf yang susah untuk melihat dia kerja lebih masa (Over Time).

Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar gurauan dan tiada maksud ingin menyekat kebebasan lelaki itu sama ada ingin kerja lebih masa atau tidak kerana faham tanggungjawab masing-masing.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen