Pakai baju biasa je, pengantin dipuji mudahkan urusan pernikahan - "Sempoi betul, janji dah sah..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bergelar raja sehari, tentunya segala persiapan untuk tampil lebih menawan pada hari tersebut akan disediakan lebih awal.

Malah, kalau boleh pada hari tersebut semuanya serba baharu dan serba mewah kerana akan menjadi perhatian para tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Pengantin lelaki pakai baju biasa.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi pada pengantin lelaki ini apabila tampil dengan baju biasa di saat majlis pernikahannya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @hajid17 yang memaparkan pengantin lelaki sedang membaca lafaz taklik.

Dalam video tersebut dapat dilihat lelaki berkenaan hanya memakali baju berlengan panjang bersama seluar ‘jeans’ manakala pengantin perempuan lengkap berbusana pengantin.

Difahamkan, pengantin lelaki tidak sempat menukar baju disebabkan terdapat hal kecemasan sebelum majlis berlangsung.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mempersoalkan mengapa pengantin lelaki tidak mengenakan pakaian pengantin.

Malah, ada juga yang memuji lelaki berkenaan sempoi kerana memudahkan majlis pernikahan tersebut.

Janji hubungan tu dah sah

Yang penting nikah bukan baju

Tahniah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen