Upacara 'bedak 7 warna' dalam perkahwinan rakyat Brunei buat ramai terpegun

Oleh: Shasha Zack

Setiap kaum dalam negara serata dunia sememangnya mempunyai adat turun temurun yang menjadi warisan mereka. Tidak kira dari segi perayaan, sambutan majlis kecil dan besar mahupun perkahwinan.

Hal ini samalah seperti perkongsian @fazrulazreen di Tiktok yang menarik perhatian ramai mengenai adat yang perkahwinan yang ditunjukkan yang sangat unik dan tidak pernah terlihat lagi di Malaysia.

Adat malam bebadak.

Adat ini merupakan perkara yang mesti dilakukan sebelum perkahwinan berlangsung. Berasal dari Brunei, ianya dipanggil 'malam bebadak' di mana pengantin perempuan akan didukung ke pelamin, duduk di tikar khas dan diletakkan lilin berwarna kuning di setiap penjuru tempat duduk.

Menggunakan bedak tradisional dengan 7 warna

Menerusi perkongsian tersebut, 'malam babadak' adalah upacara 'bedak 7 warna' yang menggunakan bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna berbeza sebelum diletakkan di satu tempat khas.

Setelah persiapan selesai dibuat, tetamu yang hadir akan 'menculiki' serta bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin.

"Nampak menarik and harmoni je.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat adat orang Brunei yang pertama kali dilihat.

Malahan ada yang memberi komen adat ini nampak menarik dan harmoni.

"Baru tahu adat Brunei."

Malahan, ramai yang mengakui ini adalah pertama kali melihat adat yang dikongsikan dan baru mengetahui tentang kewujudannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen