Kereta asyik rosak, ayah menangis terima hadiah tak disangka-sangka dari anak sulung

Oleh: Shasha Zack

Ibu bapa adalah insan yang paling berharga dalam hidup kita. Mereka telah bersusah payah membesarkan kita sejak kecil sehingga kita berjaya memiliki apa yang kita ada kini. 

Justeru, sekiranya ibu bapa menghadapi kesukaran, tidak salah sekiranya kita membantu dari sudut yang termampu demi meringankan beban mereka.

Kereta asyik rosak, hadiahkan kereta baru sempena anniversary

Begitulah kisah menyentuh hati seorang anak yang tidak senang duduk apabila mengetahui bapanya yang kerap menghadapi masalah kerosakan kereta sehingga berhabis banyak modal demi membaikinya.

Justeru sempena ulang tahun perkahwinan mereka, kakak sulungnya memberi kejutan dengan meletakkan kunci kereta di dalam sebuah kotak sehingga membuatkan kedua orang tuanya tergamam lantas menutup semula kotak tersebut.

Namun, ketika dibuka semula mereka terkejut lantas membuatkan bapa tersebut menangis terharu atas hadiah yang tidak disangka-sangka itu.

"Tak pernah tengok ayah gembira macamni.."

Video perkongsian @fizri_etito di Tiktok itu menunjukkan kegembiraan ayah dan ibu mereka yang mendapat hadiah bernilai dari abang dan kakak sulung mereka sehingga pelukan dan ciuman tidak henti-henti diberikan buat anak sulung mereka.

Semua yang melihat terasa sangat sebak malah menjadikan kejayaan abang dan kakak sulung mereka sebagai inspirasi untuk membuatkan ibu bapa mereka lebih bahagia pada masa akan datang.

"Kami semua dapat rasa bahagia tu.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata sebak melihat perkongsian ini. Malahan mereka turut merasakan kebahagiaan yang dirasai ibu bapa ini yang menangis apabila mendapat hadiah yang diberikan.

"Saya pon nangis.."

Ramai juga yang mengakui turut sama menangis malah berdoa untuk turut sama membahagiakan kedua ibu bapa seperti mana yang dilihat dalam video.

"Saya tumpang gembira sambil mengalir air mata.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen