Tak perasan ke tandas, ayah tertinggal anak gadis seorang diri di stesen minyak

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita akan rasa bimbang nak ke tandas sekiranya menaiki pengangkutan awam untuk perjalanan yang jauh. Kerana perasaan itu, ada yang sanggup menahan untuk ‘membuang’ jika tidak betul-betul terdesak.

Kena tinggal seorang diri di stesen minyak.

Tapi lain pula yang terjadi pada gadis ini apabila ditinggalkan oleh keluarganya gara-gara pergi ke tandas seorang diri di sebuah stesen minyak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @razzzamira ini memaparkan situasi adik perempuannya tertinggal seorang diri selepas pergi ke tandas.

Dalam rakaman berdurasi 17 saat itu memaparkan moment ibu bapanya yang seolah-olah bergegas ke sana untuk mengambil adik perempuannya selepas menyedari ketiadaan seorang anak di dalam kereta.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, gadis berkenaan meluahkan rasa bimbang dan takut apabila menyedari dirinya ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan gadis berkenaan. Malah berkongsi perasaan sekiranya kejadian tersebut menimpa mereka.

"Kalau aku dah nangis..."

Kongsi pengalaman sama

Nasib baik patah balik ambik

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen