Kakak kongsi 'moment' adik bertunang, tapi cincin kembang setaman pula jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila telah lama menjalinkan hubungan cinta, tentunya setiap pasangan akan mula mengorak langkah untuk membawa hubungan tersebut ke arah lebih serius.

Maka dengan itu, mereka akan mula mengikat tali pertunangan bagi menunjukkan keseriusan hubungan tersebut.

"Selamat bertunang adik, cincin tu woww."

Hal yang sama dilakukan oleh gadis ini apabila mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @anienanie telah berkongsi moment majlis pertunangan adiknya.

Dalam video berdurasi tujuh saat itu memaparkan gadis berkenaan kelihatan manis di atas pelamin bersama busana berwarna biru gelap.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah cincin yang disarungkan oleh bakal ibu mentuanya kepada gadis berkenaan.

Mana tidaknya, cincin tersebut berbentuk sekutum bunga yang dilihat cukup besar sehingga menutupi jari jemari halus gadis berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengakui mata mereka tertumpu pada cincin yang unik tersebut. Malah mereka turut tertanya-tanya bagaimana pula saiz cincin semasa akad nikah nanti.

Ni baru bertunang, belum nikah lagi

Tenggelam jari tu

Macam mana nak pakai hari-hari tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen