Lima jenis makanan eksotik di Malaysia, nampak pelik tapi ramai kata sedap

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan yang pastinya bukan sahaja menarik hati pelancong luar namun turut menjadi kebanggan rakyatnya.

Lebih hebat lagi apabila kepelbagaian juadah itu turut datang dari pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai etik Sabah & Sarawak.

Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis makanan yang dianggap ‘pelik’ namun cukup menyelerakan buat peminatnya. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang dilihat pelik:

Zakar lembu

Pernah anda merasa hidangan ini? Meskipun kedengaran agak pelik namun hidangan ini ramai peminatnya. Hidangan yang menggunakan zakar lembu ini juga dikenali sebagai sup torpedo.

Malah dikatakan ramai kaum lelaki menyukai makanan ini selain bagus untuk kesihatan mereka.

Telur Buaya

Antara hidangan yang paling ‘rare’ namun teluar buaya dikatakan bagus untuk mereka yang mempunyai sakit lelah. Malah, saiz telur ini dikatakan dua kali ganda lebih besar dari telur biasa.

Untuk makluman anda, masyarakat di Tauran Sabah banyak mengamalkannya.

Otak Lembu

Otak lembu selalu dikaitkan dengan ketidakpandaian seseorang namun siapa sangka ada rupanya hidangan seperti ini. Malah otak lembu ini dikatakan sangat sedap kerana rasa yang lemak dan isinya lembut. Agak-agak otak lembu sedap masak apa ya?

Beronok

Tahukah anda bahawa terdapatnya sejenis hidupan laut yang dikenali sebagai beronok? Anda tidak tahu? Tidak apa sebab kebanyakkan daripada rakyat Malaysia pun tidak mengetahui apa itu beronok.

Beronok merupakan sejenis kehidupan laut yang hidup di kawan pantai yang berselut. Beronok boleh dikategorikan sebagai makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi. Kebanyakkan orang makan beronok ini mentah seperti makan kerabu. Cubalah makan nasi yang panas dengan beronok.

Ulat Sagu

Ulat sagu atau dikenali sebagai ulat mulong adalah makanan eksotik yang terkenal di Sarawak. Makanan ini sangat digemari oleh masyarakat Melanau dan Dayak.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ulat sagu mempunyai khasiat tersendiri termasuklah mengurangkan masalah kegemukkan.

Korang berani ke nak cuba hidangan seperti ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen