Suami merengek nak mainan, siap terbaring kat lantai tapi isteri malas layan - "Baringla awak katsitu."

Oleh: Shasha Zack

Biasa kita dengar apabila ada lelaki yang masih berminat mengumpul barang-barang mainan kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi jika ianya model kereta, robot ataupon motor edisi terhad.

Itulah kisah lucu yang dikongsikan oleh seorang isteri mengenai suaminya yang 'cranky' inginkan mainan namun tidak dilayan oleh wanita tersebut.

Siap hentak kaki, terbaring nak mainan

Video yang dikongsikan oleh @syahmira__ di Tiktok mendapat perhatian ramai apabila suaminya yang 'buat perangai' inginkan mainan sehingga sanggup merengek sambil menghentak kakinya persis kanak-kanak di lantai pusat beli belah.

"Kesian, takde siapa nak layan.."

Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas kelihatan isteri lelaki ini langsung tidak melayan 'kerenah' suaminya yang inginkan mainan tersebut dan sanggup membiarkan suaminya itu terbaring merajuk sambil memeluk erat mainan yang diinginkan.

"Kau memang rare la bang.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah melihat gelagat suami yang merengek seperti kanak-kanak ini. Ditambah dengan sikap isteri yang malas melayan buat ramai lebih terhibur.

"Mangsa dilanggar troli menggelupur kesakitan."

Ada juga yang berseloroh mengenai kelakuan suami tersebut sebenarnya bagaikan dilanggar troli kerana caranya terbaring seperti menggelupur kesakitan.

 

"Bagi jelah.. kesian.."

Ada juga netizen yang berseloroh dengan mengasihani nasib suami tersebut dan meminta isteri membenarkan suaminya membeli mainan tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen