9 bulan ikat tali pertunangan, Uqasha Senrose kini rasmi milik Kamal Adli

Pasangan sama cantik sama padan, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat disatukan dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

Uqasha, Kamal Adli selamat diijabkabul

Mereka telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah, Tuan Izzudin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi dengan disaksikan adik beradik dan rakan artis terdekat.

 

Cantik bagai putera dan puteri klasik

'Moment' sekitar majlis juga ada dikongsikan di laman Instagram kashalover.ka_us. Terserlah keserian pasangan mempelai yang saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dalam busana tradisional kain songket sentuhan Rizaman Ruzaini.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal telah mengikat tali pertunangan pada April lalu, juga dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

 

Anda masih keseorangan?

1,102,921 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen