Kalau selalunya kita akan dengar keluhan pengantin yang kecewa dengan perkhidmatan yang diterima daripada mak andam ataupun MUA.
Namun, lain pula yang terjadi kali ini apabila MUA dari negara jiran meluahkan rasa kecewa akan sikap tidak bertanggungjawab pengantin yang menyewa baju darinya hingga merosakkan baju berkenaan.
Kecewa, pengantin rosakkan baju yang disewa.
Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @riajameelamakeup meluahkan rasa kekecewaan apabila koleksi baju yang dihasilkannya telah rosak.
Dalam video tersebut, @riajameelamakeup menunjukkan keadaan gaun pengantin yang asalnya berwarna putih menjadi kotor dan kehitaman pada bahagian bawah.
Malah, @riajameelamakeup turut berkongsi ketika dia cuba mencuci dan menghilangkan segala kotoran pada pakaian tersebut. Bagaimanapun hampa selepas hasilnya tidak memuaskan hati dan baju tersebut bertukar kekuningan.
Katanya, pengantin yang menyewa baju tersebut kemungkinan ke suatu tempat bersama jurugambarnya sehingga mengotorkan baju berkenaan.
Lebih bertambah sedih apabila baju tersebut merupakan pakaian kegemaran pengantin perempuan yang selalu mengambil perkhidmatan darinya dan tidak pasti sama ada pakaian itu masih boleh disewa ataupun tidak.
Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut mempersoalkan akan kekotoran yang terjadi pada baju berkenaan.
Selain turut berkongsi pelbagai tips untuk menghilangkan kotoran berkenaan.
Tinggalkan Komen