Tertidur masa tengok wayang, lelaki dikejut makcik 'cleaner' lepas 'movie' tamat

Sejak pembukaan semula panggung wayang, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menonton wayang bersama rakan atau keluarga.

Namun, baru-baru ini tular mengenai gelagat seorang lelaki yang tertidur di panggung wayang telah mencuit hati ramai.

"Sedap tidur sampai makcik cleaner bagi bangun."

Video yang dimuat naik oleh @nuhfizan merakamkan seorang dari sahabatnya yang terlampau lena tidur di sebuah panggung wayang sehingga tidak menyedari bahawa filem yang mereka tonton telah pun tamat.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah datang seorang makcik cleaner yang mengejutkan rakannya itu sehingga mereka ketawa tidak berhenti.

"Mesti penat sangat tu.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen ketawa berdekah ditambah kasihan melihat lelaki tersebut yang tidur terlampau lena semasa menonton wayang. Malahan ada yang berseloroh kemungkinan terlampau penat sehingga membuatkan lelaki itu tidur mati.

"Sama macam member, masuk 10 minit terus lelap.."

Ada juga yang berkongsi perangai rakannya yang turut tertidur setelah 10 minit memasuki panggung wayang tanpa mengendahkan tayangan filem di depan mata dan hanya tidur sepanjang 2 jam filem ditayangkan.

"Member dah sampai ke mana tu."

 

Anda masih keseorangan?

1,039,190 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen