Lepas tragedi ngeri, lima taman tema ini alami kerugian teruk hingga terpaksa ditutup

Taman tema merupakan antara tempat yang paling menjadi tumpuan di hujung minggu atau cuti persekolahan.

Dengan adanya pelbagai aktiviti yang disediakan, rugi sekiranya pengunjung tidak berkongsi keseronokan itu bersama keluarga serta rakan-rakan.

Namun, seiring peredaran waktu, lima taman tema ini merupakan antara lokasi yang akhirnya terbengkalai susulan kejadian ngeri yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

1. Okpo Land

Lokasi Oppa Land terletak di Korea Selatan. Ia merupakan taman tema terkenal di Asia yang mempunyai dua kisah tragedi sekitar tahun 90-an dulu.

Kejadian pertama direkodkan berlaku pada awal tahun 90-an melibatkan seorang pengunjung yang terkorban akibat kemalangan di situ, namun tiada permohonan maaf atau pembayaran ganti rugi dibuat.

Sementara pada tahun 1999, seorang kanak-kanak perempuan maut seleps salah satu permainannya tercabut keluar dan akhirnya ditutup selepas pemiliknya menghilangkan diri.

2. Gulliver's Kingdom

Gulliver's Kingdom dikatakan sebuah taman tema paling aneh di Jepun.

Ia susulan kewujudan satu stuktur gergasi yang diikat di tanah yang diadaptasi dari kisah dongeng Gulliver's Travel.

Walaubagaimanapun, Gulliver's Kingdom hanya mampu bertahan selama 3 tahun kerana pelancong mendapati kawasannya terletak bersebelahan hutan yang terkenal sebagai 'hutan bunuh diri"

Tidak dengan itu, taman tema itu juga difahamkan terletak berdekatan dengan bandar Kamikuishiki, di mana tempat asalnya ajaran sesat Aum Shinrikyo  yang pernah melancarkan serangan ke atas Jepun pada 1995.

3. Joyland

Joyland terletak di Amerika Syarikat dan telah beroperasi selama 55 tahun sejak ia dibuka pada tahun 1949.

Kisah tragedi yang pernah berlaku di sini apabila seorang kanak-kanak perempuan jatuh pada ketinggian 30 kaki dan mengalami kecederaan teruk.

Walaubagaimanapun, pengoperasian Joyland kembali dibuka seperti biasa sehinggalah berlakunya ribut taufan yang telah merosakkan beberapa permainan penting, kemudian ditutup terus.

4. Spreepark

Meskipun taman tema di Jerman ini paling ramai dikunjungi sehingga mencatat seramai 1.5 juta pengunjung setiap tahun, namun keadaan mula berubah selepas ia dijual kepada Norbert Witte.

Difahamkan, terdapat satu sejarah hitam berlaku di taman tema itu apabila seramai 7 nyawa telah terkorban dan 15 cedera sekaligus menganggap ia satu kemalangan paling teruk dalam sejarah taman tema Jerman.

 

5. Chippewa Lake Park

Dalam banyak-banyak taman tema, rasanya Chippewa Lake antara taman tema yang paling lama bertahan iaitu selama 100 tahun.

Namun, terdapat beberapa punca yang menyebabkan ia terpaksa dihenti operasi sehingga akhirnya terbengkalai kerana kekurangan pengunjung akibat dari persaingan yang tinggi di kawasan berhampiran.

Anda masih keseorangan?

1,115,260 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen