Bergelut ketika diperiksa polis, lelaki langgar budak hingga melambung rupanya positif dadah

Sejak siang tadi tular beberapa keping gambar menyaksikan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal.

Lebih tragis lagi, penunggang motosikal berusia 19 tahun itu tercampak ke atas bumbung selepas bertembung dengan kereta terbabit yang ketika itu dalam cubaan memotong sebuah lagi kereta.

Penunggang motor tercampak atas bumbung

Susulan insiden, mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan patah paha kiri dan tangan kiri dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

"Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapaun terus dirempuh kereta tersebut."

"Insiden itu menyebabkan mangsa melambung dan tercampak ke atas bumbung sebuah bengkel yang berada di sebelah kiri jalan."

-Shuhaimi Jusoh-

Sempat bergelut dengan polis

Tambah Shuhaimi, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian terus membuat siasatan pemeriksaan fizikal terhadap pemandu berkenaan, namun berlaku sedikit pergelutan antara mereka.

Hasil pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu telah menjumpai dadah dipercayai jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,020.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah."

-Shuhaimi Jusoh-

Rakaman sewaktu kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen