Kalau selalunya kita dengar undang-undang pelik luar negara, pernah tak korang terfikir apa undang-undang yang mungkin dianggap pelik di negara ini?
Pasti ramai sedia maklum sekiranya di Jepun terdapat undang-undang yang melarang rakyat mereka menjadi obes sehingga terdapat tetapan ukuran pinggang untuk lelaki berumur.
Tapi macam mana pula di Malaysia? Berikut adalah undang-undang pelik yang terdapat di negara ini:
Menamakan anak dengan nama buah, warna atau kereta Jepun.
Menurut Seksyen 16 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Pendaftar mempunyai kuasa untuk membantah nama yang tidak mematuhi garis panduan Jabatan Pendaftaran Negara.
Halangan dikenakan terhadap nama yang merangkumi warna, haiwan, buah, sayur, elemen alami, nombor, makanan malah ajektif atau kata sifat.
Campakkan cincin ke dalam sungai
Daripada mencampakkan cincin ke dalam sungai, hinggalah mencairkan rumah ais, senario pelik ini dikatakan tindakan nakal dalam undang-undang di Malaysia.
Disenaraikan sebagai perbuatan khianat, mereka yang mencampakkan cincin atau mencairkan ais akan didenda jika perbuatan mereka didapati berniat jahat.
Menerima makanan dan minuman daripada orang tidak dikenali sebelum dan selepas mengundi
Jika seseorang menawarkan anda snek ketika beratur untuk mengundi, tolak saja dengan sopan. Bagaimanapun, jika menerima pelawaan itu sebelum mengundi, jangan terkejut jika anda diarahkan keluar dari barisan.
Malah, risikonya tinggi dengan kemungkinan dipenjara sehingga dua tahun, denda RM5,000 dan dihalang daripada mengundi sehingga lima tahun mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Menilik nasib
Menjual bakat menilik anda untuk meramalkan masa depan orang lain? Bagi tukang tilik dan bomoh di luar sana, lebih baik meramal bahawa pelanggan seterusnya bukan anggota polis, jika tidak ada kemungkinan anda dikenakan denda atau hukuman penjara.
Akta 336 menjadikan perbuatan menilik dan meramal masa depan termasuk menilik tapak tangan kesalahan yang boleh didenda sehingga RM250 atau dipenjara sehingga enam bulan.
Menyanyi lagu tidak sopan di tempat awam
Despacito, atau mungkin juga Despaci-no (tidak!). Kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris dari bahasa Sepanyol asal, lagu Despacito dianggap terlalu lucah untuk didengar umum malah menyanyikannya di tempat awam memungkinkan anda dipenjara sehingga tiga bulan.
Dengan lirik berbaur unsur seksual, stesen radio dilarang memainkan Despacito pada 2017. Selain irama berbaur seksual, lagu Take Me to Church oleh Hozier juga dilarang di radio disebabkan kandungannya berunsur agama.
Tak sangka Malaysia pun ada undang-undang pelik kan.
Tinggalkan Komen