Lelaki dikecam netizen, pura-pura cacat, berjalan macam OKU demi dapatkan parking

Oleh: Shasha Zack

Tidak dinafikan tempat meletak kereta memang sudah didapatkan jika kita mengunjungi sesetengah pusat beli belah yang ternama.

Namun, cara yang digunakan oleh seorang lelaki yang sanggup berlakon cacat demi mendapatkan parking di sebuah 'shopping mall' benar-benar mengundang marah netizen.

"Ajim cakap kalau nak parking kena buat satu cara,betul2 dapat parking.."

Menerusi video yang dimuat naik semua oleh @pedoqpop di Twitter, menunjukkan seorang lelaki yang sedang 'mengadu' tidak mendapat parking di sebuah pusat beli belah.

Tiba-tiba rakannya mengusulkan satu idea di mana salah seorang dari mereka akan berlakon menjadi 'OKU' untuk mendapatkan parking di petak khas. Lelaki ini kemudian berbangga dengan kejayaannya mendapatkan parking setelah menggunakan cara yang diajar rakannya.

"Ni kalau guard tahu, memang mati!"

Merasa hebat dengan cara digunakan, lelaki ini tanpa merasa bersalah berterima kasih dengan cadangan rakannya demi 'memudahkan' dirinya mendapatkan parking namun menyatakan kerisauan jika kantoi dengan pengawal keselamatan mengenai penipuan mereka.

"Curi parking is one thing, mocking us pulaktu?"

Video ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata marah dan kesal dengan tindakan lelaki ini bersama rakannya. Tindakan mereka dianggap 'mengejek' golongan OKU kerana sesuka hati berlakon menjadi salah seorang daripada mereka demi mendapatkan parking.

"Takde sticker OKU macam mana dapat parking?"

Ada netizen yang meluahkan rasa marah bagaimana mereka yang hanya berlakon OKU dan tidak mempunyai sticker tersebut namun mendapat kelebihan meletak kereta di petak khas.

"Jangan la rampas kemudahan khas mereka.."

Ada juga yang berkongsi pendapat mengenai kemudahan OKU yang disalah pakai boleh menyusahkan lagi golongan kurang upaya tersebut dan turut menegaskan betapa kasihannya nasib mereka dieksploitasi sedemikian.

"Kau jadi OKU nanti baru kau rasa.."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen