7 Tips Orang Bujang Mencari Jodoh (Sekufu Harta).

Bercinta itu sedap. Macam coklat.
Tapi bila dah jumpa ulat. Jangan terkulat-kulat.
Kita kahwin bukan sekadar jasad. Macamlah kita sempurna sangat.

Andaikan kalian (yang masih bujang) sudah ada calon, barangkali kita dapat melihat perkara berikut. Pastikan kita melihat dengan akal fikiran, dan bukannya nafsu. Maklumlah orang bujang atau anak dara yang tengah bercinta.



1. Dia bagi duit tak dekat emak bapak dia sendiri?

Anak yang baik tak lupa ibu bapa. Dia tahu ibu bapa tak semestinya mengharapkan balasan duit. Tapi itu adalah kewajipan. Yang penting bagi, kalau ibu bapa tak mahu terima itu cerita nombor dua.

Macam mana nak tahu? Tanya je lah si dia. Kata bercinta. Belah dada dengan kapak pun rileks aje kan. Bayangkan kita pergi rumah orang. Kita tanya arah kiblat. Kalau dia tak dapat jawab, faham-fahamlah.



2. Dia bayar zakat tak?

Tanya soalan pertama.

“B, zakat fitrah tahun ni berapa RM ye?”

Kalau nampak si dia, jenis ‘berduit’ tanya soalan seterusnya.

“Ling, nisab zakat simpanan berapa?”

Rakyat Malaysia selalu bayar zakat harta setiap hujung tahun (tujan cukai), atau buat potongan cukai berjadual (PCB) dan zakat fitrah mestilah waktu bulan puasa.

3. Dia pakai / nak pakai kereta apa?

Sangat sesuai kepada yang masih pelajar tetapi dah gatal bercinta.

“Awak awak… kalau kite nanti bila dah (tunjuk dua jari telunjuk rapat-rapat), ehmm [blush] kita pakai Kancil lama jewww boleh tak?”

Kalau si dia serius pasal wang, dia akan tangguh kepuasan beli kereta (baru) semasa 7 tahun pertama. Lepas kahwin yang penting bagi anak orang makan nasi, bukan tayar kereta.



4. Dia nak hantaran berapa?

Betul, hantaran selalu keluarga tentukan. Tapi dia sendiri macam mana. Kalau dia pun demand sebab ada kelulusan kertas tertentu. Watch out bro!

5. Dia sanggup duduk rumah sewa tak?

Memang semua orang nak ada rumah sendiri. Tapi jika suasana belum mengizinkan (simpanan belum ada, rumah yang sesuai belum jumpa, harga hartanah tengah mahal), maka tangguhkanlah dulu hasrat beli rumah. Menyewa sahaja terlebih dahulu. Kemudian rancang beli rumah sama-sama tanpa perlu menambah hutang lain seperti personal financing. Tapi kalau si dia asyik push sahaja tanpa mahu membantu apa-apa. Itu bencana namanya.

6. Dia makan dekat kedai tepi jalan tak?

Kalau dia tak mahu makan sebab isu kebersihan dan dia sanggup masak untuk kita, ok. Yang perlu diawasi sebab nak jaga standard. 

7. Dia ada belajar melabur, urus wang tak?

Atau dia sedang sibuk melebur dan membazirkan wang. Yang paling ditakuti adalah terlibat dengan aktiviti perjudian dan aktif dalam skim cepat lingkup. Perkara ini kita dapat lihat sendiri.

Dia beli buku.
Dia hadir seminar.
Dia buat bisnes part time yang betul (bukan skim cepat lingkup punya tau).

Paling kurang dah baca ebook Rancang Wang Dari Sekarang. Yang penting adalah, biar nampak pokai tapi dompet tebal. Bukannya, biar papa asal bergaya. Saya sangat seronok apabila suami isteri datang bersama-sama dalam kelas-kelas pengurusan kewangan dan pelaburan yang saya kendalikan.



Apa Perlu Anda Buat?

Duit tidak mengubah peribadi seseorang. Duit cuma mengeluarkan sifat seseorang itu dengan lebih cepat.

Kalau si dia memang suka membantu orang, sama ada dia tengah pokai atau dia tengah berduit, si dia tetap akan membantu orang. Waktu pokai cara pokai, waktu berduit cara berduit. Bukannya beri alasan, “Duit tengah takde ni.”

Jadi, sekiranya anda dapat mengenalpasti sifat negatif kewangan si dia seawal mungkin maka,

a) Bagi lelaki: Anda berkewajipan mendidik si dia mengenai ilmu pengurusan kewangan yang betul.

b) Bagi wanita: Anda perlu belajar menjadi independent dari sekarang. Kalau suami elaun bulanan pun tak bagi, kita masih tetap dapat urus duit dengan baik dan melabur untuk diri sendiri dan anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen