5 Sebab Kenapa Lelaki Harus Memilih Wanita Bijak Sebagai Teman Hidup.

Terdapat banyak faktor yang membuatkan lelaki tertarik kepada wanita. Penampilan menarik, pandai menjaga hati dan oh ya, perlu korang tahu bahawa tak ramai juga lelaki yang suka mendekati wanita yang bijak.



Beberapa kajian telah dibuat dan hasilnya menunjukkan bahawa ramai lelaki cenderung untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita yang bijak kerana mereka akan berasa terancam.

Menepis segala stereotaip yang ada, kali ni REMAJA nak share 5 sebab kenapa lelaki perlu bangga kerana memiliki  wanita bijak sebagai teman hidup.

1. Serlahkan personaliti maskulin.

Berkahwin dengan seorang wanita bijak sebenarnya dapat menunjukkan personaliti maskulin anda yang sebenar. Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan, 105 responden lelaki mengatakan bahawa berdamping dengan wanita bijak membuatkan mereka berasa kurang maskulin kerana terpaksa berhadapan dengan wanita punya pendirian tinggi dan ini membuatkan mereka lebih berasa terancam.

So, kalau korang berjaya menakluk hati wanita bijak, tak timbul isu hilang sifat kelakian kerana dengan menjalin hubungan bersama mereka, dapat meningkatkan lagi keyakinan dan sentiasa membuatkan korang tercabar. Ha, barulah jantan kan?



2. Mempunyai zuriat yang bijak.

Sesetengah penyelidik mendakwa bahawa anak-anak yang dilahirkan cenderung mendapat kebijaksanaan daripada si ibu. Hal ini adalah kerana ‘gen bijak’ dibawa dalam kromosom X dan oleh kerana wanita melepaskan dua kromosom X berbanding lelaki, peluang untuk membawa gen ibu kepada anak-anak mereka adalah sangat tinggi. Sama ada ia benar atau tidak, ada juga yang berpendapat bahawa tidak semua kebijaksanaan datang daripada gen. Menurut sebuah artikel ini, hanya kira-kira 40 hingga 60 peratus daripada kebijaksanaan datang dari keturunan dan selebihnya ia bergantung kepada faktor-faktor persekitaran. Mengahwini seorang wanita bijak memungkin kan anak-anak korang untuk tinggal dalam persekitaran yang lebih kondusif untuk pembelajaran.

3. Alam perkahwinan menjadi lebih mudah.

Suami isteri perlu mengimbangi peranan masing-masing dalam hubungan yang dibina, bukan hanya untuk keserasian, tetapi demi melihat kebahagiaan yang berpanjangan dalam hubungan perkahwinan. Berkahwin dengan seseorang yang jauh lebih bijak boleh meletakkan tekanan dalam rumah tangga, tetapi jika korang memandang ia dari sudut positif, wanita bijak ini lebih mudah untuk dibawa berbincang dan boleh menilai baik buruk sesuatu perkara.



4. Menikmati kehidupan yang penuh warna warni.

Mencari keseimbangan dalam rumah tangga adalah satu kewajipan bersama suami isteri, tetapi dalam setiap imbangan yang dicari pasti ada perbezaan yang wujud.

Menurut Dr Howard Gardner, ujian IQ adalah terlalu terhad kerana nilai kebijaksanaan terlalu meluas dan ia merangkumi linguistik, pengiraan, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, muzik dan sebagainya.

Menolak seseorang kerana perbezaan kebijaksanaan adalah benar-benar tidak masuk akal kerana setiap orang memiliki kebolehan dan kecekapan yang berbeza. Daripada perbezaan itu lah yang membuatkan hubungan korang  menjadi lebih indah dan tidak membosankan.

5. Pelengkap rumah tangga.

Kecantikan bisa sahaja pudar, hanya kebijaksanaan yang kekal dalam perhubungan. Lebih banyak korang menghargai pasangan dan tidak hanya menyayanginya kerana paras rupa, lebih banyak kebahagiaan yang boleh dikecap dalam alam perkahwinan. Kahwini wanita kerana sifat mulia dan kebijaksanaanya, insyaAllah dia akan menjadi pelengkap dalam hidup korang dan cuba berusaha menjadi yang terbaik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen