Ini Sebab Kenapa Korang Selalu Putus Cinta Berdasarkan Zodiak.

Siapa je yang tidak pernah rasa cintanya ditolak. Orang cantik pun pernah juga melalui situasi ini. Sudah menjadi lumrah, perasaan di ‘reject’ tu paling tidak, sekali seumur hidup mesti korang akan rasa juga. Bila cinta ditolak, mulalah patah hati dan rasa tak tentu arah. Tapi, pernah tak korang terfikir agak-agaknya apakah sebab yang menjadi punca korang sering ditolak kekasih?



Ya, setiap daripada manusia itu ada kelemahan mereka masing-masing. Namun, jika kelemahan-kelemahan ini tidak diperbaiki, bimbang pula ia sentiasa menjadi punca keretakan hubungan korang bersama pasangan. Apabila kita tahu akan kelemahan diri, maka kita dapat belajar bagaimana hendak mengawal emosi supaya tidak membuatkan pasangan berasa jengkel.

Jom kita lihat setiap zodiak yang menerangkan sifat-sifat negatif yang boleh menjadi punca masalah dalam kehidupan cinta korang.

Aquarius (Januari 20 – Februari 18).

Individu berbintang Aquarius ini seorang yang bijak dan pandai bergurau. Ia boleh menjadi sesuatu yang menghiburkan pasangan, tetapi mereka harus tahu waktu bila yang sesuai untuk bergurau atu tidak. Individu ini juga cenderung untuk sering berbalah dalam sesuatu situasi dan ini dan sifat ini membuatkan pasangan korang bosan dan berpaling arah.



Pisces (Februari 19 – Mac 20).

Warga Pisces seorang yang kuat beremosi dan lebih cenderung untuk sering mengingati bekas kekasih dan sukar melupakannya. Mereka juga tidak suka bersendirian dan jika korang masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasih, eloklah jangan bermain cinta terlebih dahulu kerana khuatir bakal menyakiti hati pasangan baru korang nanti. Belajarlah untuk melupakan kekasih lama dan jika masih sayang kan mereka, tidak ada orang lain yang boleh membantu korang untuk menyelesaikan masalah ini.

Aries (Mac 21 – April 19).

Seorang yang baik hati tetapi kebaikannya tidak mendapat perhatian daripada orang lain. Korang seorang yang suka untuk melakukan hal sendiri dan tidak berminat untuk menjalinkan komitmen jangka panjang bersama orang lain. Ini boleh menjadi sebab kenapa korang susah untuk mempunyai hubungan cinta yang panjang bersama pasangan.

Taurus (April 20 – May 20).

Taurus adalah kawan yang setia tetapi seorang yang degil. Korang seorang yang sukar untuk melepaskan seseorang dan sering beremosi yang tidak kena pada tempatnya. Walaupun pasangan sudah meminta maaf, tetapi korang tetap berkeras hati dan masih menyimpan amarah. Itu sudah cukup untuk membuatkan pasangan berasa bosan dan meninggalkan korang.

Gemini (Mei 21 – Jun 20).

Seorang yang sukar untuk memberikan komitmen dan walaupun masih menjalinkan hubungan, korang lebih suka untuk buat hal sendiri. Ini menjadi sebab untuk pasangan korang beralih arah dan sebelum semuanya menjadi lebih teru, ada baiknya jika korang melakukan sesuatu dan cuba untuk berubah.



Cancer (Jun 21 – Julai 22).

Individu berbintang Cancer adalah berkarakter seorang pemimpin dan mereka seorang yang berdikari. Dalam hubungan, mereka cenderung untuk ‘melekat’ sahaja pada pasangan. Korang  perlu memberikan ruang buat pasangan dan bukannya 24 jam nak berkepit sahaja bersama mereka. Mereka juga ingin meluangkan masa bersama kawan-kawan yang lain dan sekiranya korang bersifat seperti ini lagi, tidak mustahil mereka juga turut meninggalkan korang.

Leo (Julai 23 – Ogos 22).

Leo dilihat sebagai seorang yang setia dan tidak akan berlaku curang terhadap pasangan. Namun, individu ini mempunyai satu sikap ego yang tinggi dan tidak pernah mahu mengalah sekiranya bergaduh bersama pasangan. Korang mungkin rasa puas jika bersifat seperti ini tetapi ia benar-benar menjengkelkan pasangan dan orang di sekeliling.

Virgo (Ogos 23 – September 22).

Si Virgo ni lain macam sikit. Mereka umpama Detective Conan yang sehinggakan boleh menyelongkar laci seluar dalam pasangan semata-mata untuk mencari tahu cerita sebenar tentang pasangan mereka. Tahap curiga dan cemburu yang sangat tinggi membuatkan mereka sukar untuk menjalinkan hubungan bersama kekasih. Cuba untuk meletakkan kepercayaan kepada pasangan jika korang tidak mahu sering gagal dalam hubungan cinta.

Libra (September 23 – Oktober 22).

Personaliti Libra cenderung untuk mempunyai sikap mengubah pasangan mengikut apa yang mereka inginkan. Ini adalah satu petanda hubungan yang tidak sihat dan korang perlu berubah dengan segera kalau tidak mahu pasangan meninggalkan korang. Terima pasangan seadanya dan jika dia mempunyai sifat yang perlu diubah sekali pun, cuba perlahan-lahan berbincang dengannya dan bukanlah mengubahnya secara drastik.



Scorpio (Oktober 23 – November 21).

Seorang yang tidak banyak berbicara tetapi daripada segi kesungguhan yang mereka tunjukkan, terselit rasa iri hati dan kelakuan yang mungkin tidak masuk akal. Korang tidak boleh mengawal pasangan dan tidak boleh terlalu bergantung kepada mereka. buang semua sifat negatif jika mahu hubungan kekal lama.

Sagittarius (November 22 - Disember 21).

Bintang Sagittarius adalah seorang yang suka kan aktiviti mencabar dan ini boleh menjadikan mereka sebagai seorang pasangan yang menyeronokkan. Namun, jika korang seorang ekstrovert dan pasangan seorang introvert, sesekali bagi la mereka peluang untuk berehat di rumah. Bukan ingin kondem dengan aktiviti yang korang lakukan tu, tapi tak semua orang suka melakukan aktiviti-aktiviti mencabar. Belajar untuk give and take.

Capricorn (Disember 22 – Januari 19).

Individu Capricorn paling susah nak percaya kan pasangan mereka. Kadang kala, pasangan korang seperti perlu melakukan pelbagai macam perkara semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan daripada korang, namun segala usaha mereka tetap sia-sia. Perasaan cemburu mampu membunuh hubungan cinta antara korang berdua. Jangan anggap korang perlu melihat 24 jam pergerakan mereka. Sesekali, cuba letakkan kepercayaan kepada pasangan dan biarkan mereka hidup dengan tenang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen