4 Aplikasi Legend Cari Jodoh Budak Zaman 90-An.

Biasalah hari ini kalau dengar pasangan kekasih yang 'berjumpa' melalui smartphone apps seperti WeChat, Facebook, instagram, Twitter, Tinder... Tapi kalau kamu kategori remaja 90-an, mesti kamu pernah usha awek/pakwe guna apps paling lejen ni kan?



REMAJA ingin membawa kamu mengimbau kembali pada zaman 90-an yang ketika itu tidak ada lagi lambakan media sosial seperti hari ini. Pada waktu itu, ramai yang sanggup ikat perut nak saveduit belanja sekolah semata-mata nak kumpul RM3.50 (sejam) untuk ber'chatting' di kafe-kafe siber.

Ada juga di antara mereka  yang bertemu jodoh di aplikasi sosial tersebut dan kini sudah pun mengecap kebahagiaan bersama pasangan.  Jika kamu masih ingat dan pernah mencuba aplikasi-aplikasi ini, kamu memang rare!



1. mIRC.

Aplikasi ini dicipta pada tahun 1995 dan menjadi ruangan chat yang paling popular pada ketika itu. mIRC mempunyai ruang channel di mana kamu boleh mencari seberapa banyak kenalan dan biasanya perbualan akan dimulakan dengan ASL iaitu age, sex dan location. Selepas mengetahui maklumat seperti umur dan jantina, maka disitulah bermulanya sesi perkenalan anak muda zaman itu. Antara channel yang  paling popular dalam aplikasi ini adalah Kampung dan Mamak. Carian ini juga popular dengan nama samaran yang pelik-pelik seperti bungacempaka89, abanggersang78 dan adikmanja93.

2. Yahoo! Messenger.

 *BUZZ!*

Dikenali juga sebagai YM, merupakan ruang chatting popular yang disediakan oleh Yahoo!. Aplikasi ini dilancarkan pada Mac 1998 secara percuma dengan hanya diakses menggunakan Yahoo! ID. YM cepat meraih populariti kerana ketika itu kebanyakan orang memang menggunakan emel Yahoo!  dan aplikasi ini mempunyai fungsi berkongsi fail yang sangat user-friendly.

Teramat popular di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi pada waktu itu kerana di IPT ada wifi free. Selain untuk bertukar-tukar nota assignment (kononnya) bersama rakan-rakan, ramai jugalah yang menghuni ruang chat Yahoo Messenger untuk mencari 'kenalan' baru. Namun, pada tahun lepas Yahoo! mengumumkan bahawa YM telah dihentikan buat selama-lamanya. #throwback



3. MySpace.

Dilancarkan pada tahun 2003 dan menjadi ruang jaringan sosial paling popular di Amerika Syarikat pada Jun 2006. Aplikasi ini digilai oleh para remaja dan tanya sahaja pada pelajar-pelajar sekolah ketika itu, rata-rata daripada mereka mempunyai akaun MySpace. Sangat popular di kalangan remaja untuk discover muzik terbaru dan alternatif, kerana di sinilah ruangan untuk kebanyakan artis indie seperti Yuna mempamerkan karya mereka dan membina followers. Habis sahaja waktu sekolah, pasti akan ke cyber cafe untuk meluangkan masa bersama-sama rakan MySpace pula. Tak cukup dengan itu, jika waktu kelas komputer pada sesi persekolahan, pasti kamu dapat melihat ada di antara mereka yang curi-curi untuk membuka akaun MySpace ini. Banyak juga cinta yang berputik hasil perkongsian minat yang sama.



4. Friendster.

PALING LEJEN!

Antara perkara paling seronok di Friendster ialah korang boleh design profile kepada pelbagai tema dan effects. Perkara normal kalau profile budak perempuan menggunakan wallpaper yang comel atau berwarna pink. Siap ada cursor effects lagi! Benda paling dinanti-nantikan pula ialah testimonial, senang cerita komen pada gambar atau profile. Korang jugak boleh tahu siapa yang melawat profile korang, jadi senanglah nak tahu kalau crush korang masa tu minat juga kat korang.

Pada tahun 2008, 90 peratus pengguna Friendster adalah dari Asia dan pada ketika itu, laman sosial  ini mempunyai pengunjung bulanan yang lebih ramai daripada jaringan sosial lain. Menurut Alexa, 10 negara teratas yang sering mengakses Friendster adalah Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Pakistan, UAE, Sudan, Korea Selatan, Bangladesh dan India. Wah, bukan hanya orang Malaysia, malah kamu juga boleh cari jodoh orang luar negara ya.

Pada tahun 2003, Google menawarkan $30 juta untuk mengambil alih Friendster namun telah ditolak. Ia menjadi kesilapan terbesar Friendster kerana tak lama selepas itu, Facebook mula menguasai laman sosial di internet. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Friendster berkubur pada tahun 2015.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen