Banjir besar yang melanda di beberapa kawasan seperti di Pahang dan Lembah Klang, bukan sahaja memusnahkan rumah namun juga kenderaan orang awam.
Jika bernasib baik, ada yang sempat meletakkan kereta kesayangan mereka di tempat yang selamat namun ada juga yang sebaliknya.
Selamatkan kereta import dengan kertas A4.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Malaysia Automotibe Shitposting, memaparkan seorang pemilik kereta Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan kenderaan kesayangannya dari ditenggelami air banjir.
Apa yang uniknya adalah cara pemilik kereta tersebut menyelamatkan kenderaannya dengan hanya menggunakan beberapa timbunan kertas A4.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji akan tindakan bijak yang diambil oleh pemilik kenderaan itu.
Tinggalkan Komen