Netizen tersentuh, Mat Salleh 'join' bersihkan rumah bekas banjir - "Terima kasih tak terhingga!."

Oleh: Shasha Zack

Sejak bencana banjir yang berlaku di Selangor, ramai individu yang datang menghulur sumbangan dari segi makanan, pakaian dan barang keperluan.

Tidak terkecuali, 2 orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir, menyentuh hati netizen. 

"I'm very proud of the work that everyone been doing..."

Menerusi satu perkongsian dari seorang mat salleh, @ryanmahowlett di Tiktok, dia memuat naik satu video menunjukkan penglibatan dirinya dan seorang lagi kawan dalam usaha membersihkan rumah mangsa banjir selama 3 hari.

Video tersebut mendapat 58.3 ribu tontonan dari netizen yang kagum dengan semangat dan keikhlasan individu ini.

Bukan sahaja tolong bersihkan rumah, malah hulur sumbangan makanan, air di beberapa tempat.

Difahamkan, lelaki ini turut serta membantu orang awam yang terkandas dalam banjir selain mengagihkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

"Terima kasih sebab bantu negara kami!"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan pertolongan yang dihulurkan oleh lelaki bermata kelabu ini. Malahan, mereka juga terinspirasi melihat semangat ditunjukkan oleh lelaki ini yang langsung tidak mengira kaum dalma membantu.

"Sangat baik hati, kami perlukan ramai orang seperti anda."

"Bangga dengan awak."

"Suka tengok.. Terima kasih sangat atas bantuan."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen