Kreatif sampaikan situasi banjir, gaya wartawan wanita buat liputan raih pujian

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini, liputan berita mengenai keadaan terkini mangsa banjir dan kawasan-kawasan yang timpa bencana sememangnya sangat menjadi perhatian orang ramai.

Selain menyampaikan maklumat yang sahih, orang ramai terutama warga emas pastinya ingin tahu akan perkembangan terkini memandangkan segelintir mereka tidak memiliki sebarang media sosial.

Bawa penonton merasai lokasi kejadian.

Sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila seorang wartawan lokasi, Juliana Sharin membuat liputan yang jelas mengenai keadaan banjir yang semakin surut di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Menerusi video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna Twitter yang juga merupakan Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman memuji akan gaya wartawan berkenaan menyampaikan berita tersebut kepada orang ramai.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wartawan berkenaan begitu gigih memberitahu penonton akan keadaan sekeliling termasuklah mnerangkan setiap fungsi fasiliti yang ada di tempat lokasi.

Jurukamera pun 'steady'.

Terharu akan pujian tersebut, Juliana memberitahu bahawa liputan sebegitu adalah untuk membawa penonton merasai sekali situasi banjir. Malah, dia juga berterima kasih terhadap jurukamera yang ‘setia’ akan setiap langkahnya ketika itu.

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut memuji kaedah laporan tersebut kerana tampil berbeza.

Wartawan tak malas, kreatif 

Selalu tengok berdiri tengak je

Penonton pun teruja tengok

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen