Kahwin Campur Menghasilkan Genetik Baik & Anak Yang Cantik.

Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Ia wujud sejak berzaman dahulu lagi. Malah perkahwinan campur merupakan satu bonus dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi keluarga.



Salah satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.

Firman ALLAH bermaksud:

'Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya'. (Surah Al-Hujurat: 13)

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman facebooknya, Untuk mendapat genetik yang baik, kita patut menggalakkan perkahwinan campur. Jika tidak dapat berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa seperti Cina, Punjabi atau Mat Salleh, boleh berkahwin dengan pasangan berlainan suku. Contoh: Jawa kahwin dengan Kelantan, atau Kedah. Atau mamak kawin dengan Jawa pun ok. Perkahwinan campur begini akan melahirkan anak yang mempunyai genetik yang kuat dan mempunyai dayatahan melawan penyakit yang kuat, lebih pandai, lebih cantik/hensem dan lebih kuat fizikalnya.



Kajian juga ada menyatakan di samping dapat menghasilkan baka yang lebih baik, anak hasil perkahwinan campur juga selalunya cantik dan comel belaka. Ini disebabkan percampuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan kaum atau bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.

Justeru, banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan yang mempunyai rupa paras yang unik dan cantik.

Antaranya ialah artis yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya, Noor Neelofa, generasi keempat kacukan pedagang Arab, Syed Mahmood, yang berhijrah ke Pasir Mas pada 1917. Neelofa merupakan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu, yang juga dikenali sebagai keturunan 'Tok Syeikh' di Kelantan.

Cantuman dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan mempunyai fizikal yang lebih baik.

Sebagai contoh, Datuk Nicol David, ratu skuasy negara, merupakan anak kepada Ann Marie yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.



Di samping menjadi juara skuasy dunia buat sekian lama, beliau telah mendapat 7A untuk PMR dan juga 7A untuk peperiksaan SPM.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan keturunan campuran baka Melayu dan India. Umum maklum kebijaksanaan beliau dalam menerajui pemerintahan Malaysia selama 22 tahun.

Sebenarnya, banyak lagi contoh yang menunjukkan perkahwinan dengan keluarga jauh membawa kepada kelebihan mental, fizikal dan kecerdasan terutama jika usaha untuk mendapatkan dan seterusnya membesarkan zuriat itu dilakukan mengikut adab-adab yang telah digariskan di dalam Islam.

Oleh itu, kahwin campur harus digalakkan bukan sahaja untuk kelebihan genetik, dengan izin ALLAH SWT, tetapi juga demi perpaduan kaum.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen