7 Cara Mudah Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Gaji Kecil.

Apa khabar gaji korang? Sihat? Dompet makin menipis ke? Ataupun tebal dengan resit je? Ke, bila buka dompet rasa serupa tumbuk bawang? Kahkah. Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala rasa cukup, kadangkala rasa tak cukup dan adakalanya kena berhutang dengan kawan. Pastu, buat-buat lupa. Buat-buat hilang ingatan. Haaa sapa pernah buat, pergi bayar lekas. Menda hutang jangan buat main wooo. Semuanya berkait rapat dengan ilmu pengurusan kewangan korang. Antara yang korang boleh buat adalah seperti berikut.

1. Simpan Dulu Baru Belanja.

Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Biasanya, bila dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji. Jangan kacau duit tu dan jangan keluarkan. Kalau boleh, simpan di tempat yang susah korang nak keluarkan seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah.

2. Sediakan Bajet Bulanan.

Bajet ataupun perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji korang hilang entah ke mana dan untuk memastikan korang dapat membayar komitmen bulanan dengan tepat.

Pastikan setiap kali merangka bajet bulanan, ada peruntukan untuk takaful.

Contohnya, korang bergaji RM2500.

Makan minum: RM400
Sewa bilik: RM200
Duit minyak motor: RM50
Hiburan: RM50
Ibu bapa: RM200
Bil utiliti: RM100
Bil air letrik: RM100
Takaful medikal kad: RM200
Simpanan: RM200

Baki: RM1000

3. Hidup Di Bawah Kemampuan.

Hidup di bawah kemampuan ni bukan bererti korang kena hidup miskin sepanjang masa. Tak gitu. Ia bererti korang kena meminimumkan perbelanjaan.

Macam korang mampu beli Honda Civic Type R tapi korang beli Saga je. Fungsinya sama kan. Sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Kau mampu beli baju mahal, tapi beli je yang murah dan berkualiti. Yang murah tu belum tentu tiada berkualiti.

Dengan adanya bajet bulanan, korang dapat tahu setakat mana kemampuan korang. Misalnya, selepas membuat bajet, gaji korang tinggal RM100 je. Agak-agak lepastu, korang nak beli ke kereta mewah? Tak kan. Jadi, bolehlah sedar diri tu daripada terus hanyut.

4. Keperluan VS Kehendak.

Belanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.

Terlalu nak up to date. Bila IPhone 5S keluar, beli IPhone 5S, bila IPhone 6 keluar, tukar lagi. Kononnya tak nak ketinggalan dengan arus pemodenan. Padahal nak online pun harapkan WiFi ataupun share hotspot kawan.

Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Tak fikir panjang terus beli walaupun berhutang. Kalau kau mampu, tak kisahlah.

5. Mencari Sumber Pendapatan Sampingan.

Jika tiap bulan aliran tunai korang sentiasa negatif, itu bererti duit gaji kau masih belum mampu untuk menampung kos hidup kau orang. Korang kena cari pendapatan sampingan. Dapat cover belanja makan, susu, pampers anak pun dah okay.

Contohnya boleh ambil komisen jual buku-buku, jadi introducer kepada ejen hartanah, jual serunding, kek lapis, keropok lekor, ejen dropship, jual apa bahan yang femes dekat negeri korang.

6. Kawal Perbelanjaan.

Jika kau tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal perbelanjaan tersebut. Berjimat-cermat.

Ini tidak. Dah la tak tau nak menjana pendapatan sampingan, gaji yang dapat tu digunakan untuk berjoli sakan. Tengah bulan, mulah lah macam cacing kepanasan. Cari kawan sana sini nak berhutang. Please, think before act.

Masa mahu beli barang keperluan, buat perbandingan. Ada kedai yang menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Buatlah rekod perbelanjaan yang membolehkan kau monitor perbelanjaan tersebut dengan jelas.

7. Mendermalah.

Jangan takut miskin jika kita menderma. Mendermalah pada mereka yang memerlukan. Sekali-sekala, belanjalah kawan makan atau bagi hadiah hari jadi.

Duit pada mak ayah jangan lupa. Bagi ikut kemampuan diri-sendiri. Belanja la adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu. Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita.

Rezeki ni bukan duit jer. Ia wujud dalam pelbagai cara seperti cepat naik pangkat ataupun tiap bulan dapat makan percuma. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jangan tunggu kaya dulu baru nak derma. Kita pun tak tau bila nak kaya. Takutnya, ajal dulu sebelum kaya. Tak sempat nak derma. Rugi kan. Ingat, dalam gaji kita ada rezeki orang lain.

Proses pembelajaran mengawal kewangan sendiri ni bukan boleh mahir dalam sehari dua. Ia perlukan masa, pembelajaran berterusan dan disiplin yang tinggi.

Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Selalu berkongsi ilmu dengan orang lain juga akan menjadikan kau orang lagi mahir. Jangan kedekut nak sebar ilmu tersebut.

Bila dah ada ilmu, bertindaklah. Gunakan sebaiknya. Tahu saja tak guna kan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Muhasabahlah diri sekejap. Kenapa gaji orang lain kecil daripada kita tapi cukup je. Kita gaji beribu-ribu tapi belum sampai hujung bulan, dah habis duit gaji, malah perlu berhutang pula.

Mungkin ada silap kita. Semak balik diri. Mana tau kita ada culas time kerja ataupun buat kerja dengan niat yang tak betul.

Tiap tahun gaji naik, tapi masih tak dapat menyimpan. Kerja bertahun-tahun nak ada simpanan RM5000 pun susah.

Berbelanja lah mengikut kewangan sendiri, jangan mengikut nafsu dan kewangan orang lain.

Mulalah merancang daripada sekarang. When you fail to plan, you plan to fail. Ayuh, belum terlambat untuk bertindak. Omputeh kata, better late than never. Gitttuhhh.

Korang dah tahu gaji ciput, tapi Astro wajib ada, kad kredit dua tiga. Kereta pula nak yang import je. Tudung nak yang bawal ekslusif, tudung Fareeda je.

Padahal duit dalam bank tinggal tiga angka je lepas seminggu gaji. Tu pun mujur tiga angka. Kalau dua angka? Fikir-fikirlah sendiri. Pesen tak sedar diri. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen