Rahsia Diri Kekal Produktif 24 Jam Seawal Pukul 5 Pagi. Nak Tahu? Sila Baca.

Kejayaan diukur bukan dari betapa lewatnya kita tidur. Namun betapa awalnya kita bangun dan tunaikan hak kepada Allah SWT seperti tahajud atau berzikir. Rahsia untuk kekal produktif dan diri makin positif setiap hari terletak pada apa yang kita buat, fikir, rasa, cakap dan tulis pada waktu prime-time iaitu sebelum tidur dan selepas bangun (sebelum habisnya waktu subuh). Andai bangun saja dari tidur, kita fikirkan dan lakukan segala aktiviti yang positif, maka perkara yang datang dalam hidup jadi lebih seronok. Namun jika sebaliknya seperti terbangun lambat, baju belum bergosok, air tumpah masa nak sarapan, keluar rumah saja jalan jem, masuk ofis sudah kena marah dan sehari suntuk, ada-ada saja perkara yang tidak kena bukan? Sebenarnya punca kita sukar bangun seawal pukul 4 pagi atau terbangun lewat adalah disebabkan rutin harian, waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Jadi, mahu tak mahu kita terpaksa ubah tabiat hidup seharian untuk amalkan cara tidur yang terbaik menurut Islam. Pastinya, kesihatan dan tubuh badan kita lebih segar dan produktif di pagi hari setelah mencubanya.



1. Ambil Wudhuk Dahulu.

Seelok-eloknya ambil wudhuk terlebih dahulu. Rajinkan diri solat sunat taubat 2 rakaat dan baca Surah Al-Mulk sebelum tidur. Namun jika mengantuk, terus saja amalkan langkah ke-3. Kerana kita beramal dengan sisa yang letih dan bukan dalam keadaan yang bertenaga.

2. Tidur Seawal 10.30 Malam.

Tidur awal pada pukul 10.30 malam. Jika lewat pun, pastikan kita tidur tepat pada pukul 11 malam. Latih anak anak-anak untuk tidur awal dan selesaikan homework mereka selepas solat maghrib. Namun sesekali kita ada hal yang lebih penting seperti seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya, maka ia dibenarnya.



3. Baca Ayat Qursi & 3 Qul.

Baca Ayat Qursi, surah 3 Qul dan niat ketika lelapkan mata sebelum tidur. Tarik nafas dengan sedalam-dalamnya dan katakan “Wahai Allah, kejutkanlah aku bangun pada pukul 4 pagi (tetapkan sendiri nak bangun pukul berapa) secara mudah sesuai dengan agenda-Mu untuk aku tunaikan solat tahajud dan melaksanakan tugasku sebagai hamba-Mu.”

4. Elakkan Tidur Sebelum Isyak.

Elakkan pula diri tidur sebelum Isyak. Nanti mudah terlajak dan tak bangun solat isyak. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, “sesungguhnya Nabi SAW benci untuk tidur sebelum Isyak.”



5. Niat Untuk Bangun Awal.

Mahu cabar diri kita untuk lebih yakin berjaya bangun awal pagi dengan doa pada Allah SWT, tidak perlu setkan alarm. Kita pasti terkejut diri kita akan bangun lebih awal dari set alarm. Hal ini berlaku kerana ikut kajian sains, minda, jiwa dan badan telah diprogramkan sesuai dengan niat sebelum tidur.

6. Sahut Cabaran Bangun Untuk Tahajjud.

Katakan kepada diri untuk re-program minda ke tahap baru, “Ya Allah aku pasti rajin bangun tahajud.” Memandangkan kita mahu ubah tabiat biasa, ia mungkin ambil masa untuk lawan perasaan malas yang bersarang dalam diri.



7. Manusia Hanya Tidur 3-4 Jam Sehari.

Sebelum ini, kajian mengatakan kita perlu tidur 6 hingga 8 jam berterusan sebagai istirehat bukan? Walhal sebenarnya kajian terbaru berjaya menunjukkan dengan hanya tidur 3 hingga 4 jam saja setiap hari, kesihatan diri berada pada tahap yang optimum dan luar biasa. Pada saat kita bangun pada pukul 4 pagi, kita merasakan diri semakin tenang disebabkan udara dan situasi sekeliling adalah di peringkat Alpha Brainwave.

8. Take A Nap Sebelum Zuhur.

Di Negara China, pelajar-pelajar mereka “take a nap”. Iaitu sebelum sampai waktu zuhur (tengahari), mereka berbaring dan tidur sebentar. Cara ini dikatakan sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW. Manfaat tidur qailulah ini telah pun terbukti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen