Gara2 trend 'nasi paku', kanak2 jalani pembedahan keselamatan, paku dah masuk perut?

Oleh: Shasha Zack

Kedai makan yang membungkus makanan biasanya akan menggunakan getah, membungkus nasi lemak dengan kertas bungkusan atau daun pisang.

Terkini, trend ‘Nasi Paku’ ini dikatakan popular di sekitar Pantai Timur. di mana pihak pekedai akan menggunakan paku untuk membungkus makanan.

Sebab trend, undang bahaya 

 

Siapa sangka, disebalik keunikannya, trend ini telah mengundang bahaya apabila seorang kanak-kanak tertelan paku dan dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku ini dan keputusan X-Ray menunjukkan ia berada di perutnya.

X-ray perut - ms.nomuwiki.com

Public Health Malaysia gesa henti trend nasi paku

Menerusi berita yang dimuat naik oleh Twitter Public Health Malaysia, kejadian berlaku apabila kanak-kanak tersebut mengadu sakit perut dan menangis tak henti.

Malahan, dari kejadian yang berlaku, mereka turut memaklumkan penggunaan paku adalah tidak disyorkan kerana dikategorikan sebagai food hazard dan disokong oleh netizen yang rata-rata menentang 'trend' tak masuk akal ini.

"Getah kan ada, nak trend apa pakai paku bagai..."

Ruangan komen dihujani dengan kekecewaan netizen yang menyuarakan kenapa perlunya menggunakan paku yang tentunya bahaya sedangkan penggunaan getah seperti biasa lebih mudah dan selesa untuk orang ramai.

"Dia tak pergi kursus food handling ke."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen