Tiada khabar angin, muncul satu 'posting' di Instagram menyaksikan majlis pernikahan aktivis, Heliza Helmi yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun Ziha Ramli.
Heliza Helmi selamat bernikah
Menerusi muat naik video tersebut, kelihatan selebriti berusia 36 tahun itu manis dengan baju berwarna putih dihiasi manik yang menaikkan lagi keserian pengantin di hari bahagianya.
Turut hadir di sana, bakal suaminya yang sudah bersiap sedia untuk melafazkan akad di hadapan tok kadi di sebuah masjid dengan dihadiri beberapa jemputan terdekat.
Selamat pengantin baru!
Walaubagaimanapun, tuan empunya badan iaitu Heliza Helmi sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video tersebut.
Apapun selamat pengantin baru diucapkan buat Heliza dan pasangan.
Tinggalkan Komen