Gadis ditawar hantaran RM30k, tawar suami makan karipap seumur hidup

Oleh: Shasha Zack

Wang hantaran merupakan salah satu perkara utama dalam perkahwinan. 

Jika seseorang wanita yang ingin dipinang itu dipandang sempurna, semahal apa pon hantaran pasti akan dipersetujui oleh pihak lelaki.

"Kalau macamni, hantaran 30k pon tak kisah..."

Bercakap pasal isu hantaran, baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis yang memuat naik video dirinya sedang membuat kerja-kerja automotif, menarik perhatian ramai jejaka yang tertarik dengan sikapnya yang lasak.

Sehinggakan ada netizen yang menawarkan hantaran RM30k buat gadis ini kerana teruja dengan kemahiran yang dimiliki.

"Saya tak pandai masak, pandai buat karipap je, kita makan karipap jelah hari2..."

Susulan komen tersebut, gadis ini dilihat memberi respons individu tersebut dengan memuat naik video, menjawab 'tawaran' tersebut.

Malahan gadis ini turut mendedahkan dirinya tidak pandai memasak namun sangat mahir membuat karipap. Lebih menarik perhatian apabila dia berseloroh menawarkan bakal suami makan karipap seumur hidup jika mengahwininya.

"Saya memang takmakan nasi."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyambut gurauan gadis ini dengan berkata mereka rela makan karipap seumur hidup asalkan gadis ini sudi memilih mereka sebagai suami.

"Saya memang dari lahir mak bagi makan karipap."

"Saya memang malas makan nasi..."

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen