Philophobia Buat Kamu Takut Bercinta.

Jatuh cinta adalah hal yang terindah ketika usia remaja. Kamu pasti ingin jatuh cinta dan dicintai. Namun langit tak selalu cerah. Ada kala bahagia yang diimpikan bertukar menjadi derita. Hal ini menjadikan kamu takut dan fobia untuk jatuh cinta. Lantas kamu berterusan untuk menghindari cinta hadir dalam hidup. Hal ini disebut sebagai philophobia. Philophobia atau keadaan seseorang yang secara tidak rasional merasa takut untuk jatuh cinta. Seseorang yang mengalami Philophobia cenderung menghindari untuk terikat dengan orang lain dan menyangkal perasaan yang mereka rasakan terhadap seseorang. Penyebab utama fobia ini adalah trauma yang dialami di masa lalu.



Kegagalan dalam hubungan lalu dapat menyebabkan kamu takut untuk memulakan hubungan yang baru. Perasaan kesakitan akan kesendirian, kesepian akan membuatkan kamu menjauh dari orang lain. Andai dibiarkan, gejolak emosi ini akan menjadikan kamu seorang yang anti-sosial. Bahkan, dalam jangka masa panjang, kesihatan emosi dan tubuh badan akan turut terjejas. Antara gejala yang dialami ialah sukar tidur malam, migrain dan kemurungan. Ada orang yang mengalami gejala Philophobia telah berjumpa mereka yang berpotensi untuk mengganti cinta yang lalu, namun ketakutan untuk jatuh cinta membuatkan mereka menjadi takut untuk ‘move on’. Andai kamu dilanda masalah ini, jom lakukan perkara-perkara ini untuk menghilangkan philophobia.



Relax & tenang.

Pengidap Philophobic akan merasakan kegelisahan yang berlebihan (anxciety disorder) apabila ia merasakan cinta atau jatuh cinta. Relaks! Kamu harus beri peluang untuk diri kamu untuk mencari cinta sejati. Sentiasalah berfikiran positif.

Hindari stress.

Sibukkan diri kamu dengan perkara yang kamu suka untuk mengalihkan perhatian seperti hobi, mendengar muzik atau hal-hal lain yang menenangkan.

Hindari kafein & rokok.

Dalam kondisi emosi yang tidak stabil, elakkan kafein dan rokok kerana ia akan menyebabkan kamu tidak boleh tidur malam dan merosakkan kesihatan. Banyakkan minum air putih.

Kaunseling.

Tidak salah untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang kamu percaya daripada memendam rasa. Ikuti program-program yang membuatkan hidup anda agar jadi lebih ceria dan tenang.



Move on.

Berhenti meratap. Kamu layak mendapatkan cinta yang lebih baik dan menanti orang lain yang bakal membuatkan kamu bahagia.

Dekatkan diri dengan Tuhan.

Sebagai manusia biasa, pasti kamu dibebani dengan banyak ketakutan, apatah lagi ketakutan cinta. Semua perasaan sakit, bahagia, sedih, dan cinta diciptakan oleh Tuhan. Lantas, mendekatkan diri dengan Tuhan bakal membuatkan jiwa kamu menjadi lebih tenang.

Berceritalah pada orang yang boleh kamu percaya.

Usah pendamkan apa yang terbuku di hati. Luahkan. Pasti kamu akan berasa lega dan lebih positif. Apatah lagi andai mendapat sokongan dan galakkan dari teman baik kamu sendiri.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen