Lagi kes ambulans terpaksa berhenti, beri laluan kepada konvoi VIP?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, tular di laman media sosial akan video sebuah ambulans terpaksa berhenti kerana memberi laluan kepada konvoi VIP ketika melawat kawasan banjir.

Ambulans terpaksa beri laluan pada VIP.

Nampaknya, kejadian tersebut berulang dan sempat dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @5zonesmy yang turut memaparkan situasi ambulans terpaksa berhenti untuk berikan laluan kepada konvoi VVIP.

Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur-Seremban Express Highway dan dapat dilihat banyak kenderaan terpaksa berhenti semata-mata mahu melancarkan perjalanan konvoi VIP tersebut.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa kesal akan sikap segelintir pihak yang pentingkan diri.

VIP lebih penting dari rakyat

Malu dekat negara luar

Buka lampu tak semestinya kecemasan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen