Persediaan Majlis Perkahwinan Cara Bebas Stres.

Ramai calon pengantin pasti mengalami situasi panik menjelang hari perkahwinan. Tidak kurang juga dalam mempersiapkan hari bahagia tersebut pasangan mempelai akan menjadi tertekan dan kelam kabut gara-gara banyak perkara yang perlu diselesaikan.



Sebenarnya jika kena dengan caranya, persediaan majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa 'pusing kepala.'

Berikut ini dikongsikan beberapa tip tentang persediaaan majlis perkahwinan cara bebas stres.

1. Konsep perkahwinan.

Tentukan dahulu konsep perkahwinan secara keseluruhan. Apakah konsep yang anda mahukan. Buat senarai semak untuk pemilihan konsep perkahwinan sama ada ingin dilangsungkan indoor atau outdoor. Ini amat penting kerana ia sangat mempengaruhi bajet anda.



2. Buat timeline.

Cubalah untuk membuat data keperluan dan apa sahaja yang perlu dilakukan. Kemudian atur waktu bila anda akan melakukannya. Dengan adanya timeline, anda tidak akan pening mengatur waktu pertemuan dengan pihak vendor.

3. Jumlah undangan.

Tentukan jumlah undangan sejak dari awal. Ini kerana ia akan mempengaruhi bajet lainnya. Berbincanglah dengan kedua belah pihak keluarga mengenai siapa yang perlu diundang. Dengan mengetahui jumlah pasti undangan, maka anda dapat membuat anggaran kuantiti makanan yang perlu dipesan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa makanan adalah perkara yang memerlukan bajet yang tinggi.



4. Pemilihan juru mekap.

Solekan wajah merupakan agenda penting bagi memastikan aura wajah ratu tampil glam di hari bersejarah. Jika ingin 'selamat,' peruntukkan 10 hingga 12 bulan sebelum hari perkahwinan untuk memilih juru mekap yang sesuai. Ini penting supaya anda berkesempatan untuk mecuba mekap yang sesuai.

5. Perancang perkahwinan.

Sebahagian besar pasangan mempelai enggan menggunakan khidmat perancang perkahwinan kerana bimbang dengan kos yang perlu dibayar. Sedangkan hakikatnya mengambil khidmat perancang perkahwinan banyak membantu pasangan mempelai merencanakan persediaan majlis perkahwinan secara teratur. Malah, sebenarnya ia boleh disesuaikan dengan bajet yang diperuntukkan oleh bakal mempelai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen