Serah pada Allah, Ustazah Asma’ dedah Heliza Helmi tak bebankan fikiran soal jodoh

Oleh: Zuzu Yasmine

Aktivis dan selebriti terkenal, Heliza Helmi telah selamat menjadi isteri kepada jutawan muda, Datuk Sri Mahadi Badul Zaman pada 1 Januari 2022 lalu.

Majlis pernikahan dan perkahwinan aktivis dan selebriti terkenal itu sememangnya menjadi tumpuan orang ramai kerana ramai yang tertunggu-tunggu siapa jejaka yang berjaya menambat hati wanita berkenaan.

Tidak ketinggalan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang turut mengulas mengenai pengantin baharu itu baru-baru ini di laman Facebook miliknya.

Serah soal jodoh pada Allah SWT.

Menerusi perkongsian tersebut, pendakwah terkenal berkenaan menulis beberapa perkara yang menarik pada diri aktivis berkenaan selain majlis pernikahan yang boleh dijadikan panduan bersama.

“Beberapa kali Allah izinkan kami bertemu, setiap kali itu dia suka minta doa, dengan gaya comel dan ceria, lalu saya doakan semoga dia dikurniakan seorang suami soleh yang memahami dan menyokong perjuangannya, dia aminkan bersungguh-sungguh. SubhanAllah, jodoh yang Allah tetapkan tidak cepat atau lewat, ia tepat pada waktunya,” tulisnya.

Pernah berkerjasama dengan Heliza, Ustazah Asma’ memaklumkan aktivis berkenaan pernah berkata sesuatu kepadanya mengenai jodoh yang menjadi kebimbangan buat wanita seusianya.

Katanya, wanita berkenaan tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya menyerahkan kepada Allah SWT sepenuhnya menjadikannya seorang yang tenang dan ceria.

“Ustazah, saya tak bebankan fikiran saya tentang jodoh, sebab ia urusan Allah, saya fokus apa yang saya nak dan perlu buat setiap hari,” kata Heliza kepadanya.

3 perkara menarik tentang pernikahan Heliza Helmi

Bukan itu sahaja, Usatzah Asma’ turut berkongsi beberapa perkara yang menarik mengenai pernikahan aktivis berkenaan bersama suaminya.

Tidak berinai

Pengantin yang bernama Heliza Helmi tidak berinai ? atau sangat sedikit hingga tidak nampak inainya. Pada hari ni dimana para pengantin wanita mula berinai hingga pergelangan tangan, dilukis dengan ukiran bunga dan lain-lain. Beliau memilih sesuatu yang minimalis namun sangat manis.

Penampilan Minimalis

Solekan wajah yang sangat semulajadi hingga seperti tidak bersolek, pakaian, majlis dan pembawakan juga sederhana walaupun pasangan seorang jutawan. Tiada babak romantik yang ditonjolkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya.

Tiada babak romantis

Tiada babak romantik yang ditonjolkan, sifat malu itu telah mengindahkan semuanya. Tahniah buat keduanya. MasyaAllah. SubhanAllah, saya sebutkan begini bukan ingin merendahkan sesiapa, hanya untuk menyingkap kebaikan yang berada di hadapan mata sebagai satu renungan bersama.

Semoga majlis pernikahan Heliza ini menjadi panduan bersama untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen