Tak kira hujan, budak Rohingya paksa bagi sedekah, siap tunjuk jari tengah?

Oleh: Shasha Zack

Isu melibatkan kana-kanak Rohingya yang mundar mandir meminta sedekah di kawasan lampu isyarat kini tular dan menjadi buah mulut netizen.

Terbaru, satu rakaman mengenai seorang lagi budak Rohingya meminta sedekah dalam keadaan hujan, menaikkan darah netizen.

Hujan pon mintak sedekah, sekali pakej jari tengah tu..

Menerusi perkongsian NetizenShare di Youtube, menunjukkan seorang lagi kanak-kanakberbangsa Rohingya yang gigih meminta sedekah walau dalam hujan dengan memakai baju hujan berwarna hijau.

Kelihatan budak tersebut menunjukkan simbol tangan 'nak makan' dengan gaya seperti menyuap ke mulut sebelum menunjukkan jari tengah kepada penumpang dalam kereta.

Siap cuba nak buka pintu kereta

Sehubungan dengan itu, dalam video yang dikongsi turut menunjukkan seorang budak lengkap berkopiah dengan baju melayu, cuba membuka beberapa pintu kereta dalam kegiatan mereka meminta sedekah yang rata-rata membuatkan netizen marah.

Bukan taknak bagi, tapi sebab biadap dan rasa terancam

Melihatkan fenomena berlaku melibatkan mereka, ramai netizen yang mula tak selesa malahan rasa terancam dengan sikap sesetengah kanak-kanak Rohingya yang biadap dalam meminta sedekah. 

Sebenarnya bukan tidak mahu, namun melihatkan sikap dan cara mereka, membuatkan kita takut dan tidak ikhlas dalam niat ingin memberi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen