Seronok kira duit kutipan, gelagat adik 'Long Tiger' bergelak ketawa dirakam netizen

Baru-baru ini tular video akan seorang kanak-kanak dipercayai warga Rohingya yang dikatakan berkelakuan biadap ketika meminta sedekah terhadap pengguna jalan raya.

Difahamkan, budak lelaki tersebut menuding jari serta mengetuk cermin kereta agar memberinya wang.

Tengah seronok kira duit?

Bagaimanapun, gelagat kanak-kanak yang digelar ‘Long Tiger Junior’ itu sekali lagi terakam warganet ketika sedang sibuk mengira duit.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @arshad.khan memaparkan budak lelaki berkenaan sedang duduk di laluan jalan kaki bersama seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam video tersebut dapat dilihat kedua-duanya sedang sibuk mengira duit sambil dilihat orang yang lalui lalang di kawasan tersebut.

Malah, mereka juga dilihat sempat bergurau senda dan bergelak ketawa bersama-sama.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen berkenaan. Ada yang bersimpati malah ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Jangan bagi muka, kena kawal

Masa budak-budak la kena ajar

Seronok kira duit

Sedih tengok adik ni

Anda masih keseorangan?

1,039,211 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen