"Dari tunggu sumbangan..." Wanita cari tilam yang dibuang, ambil dan cuci macam baru raih pujian

Oleh: Shasha Zack

Bagi sesetengah kawasan yang terkesan dengan banjir, banyak barang-barang yang rosak malahan hanyut entah kemana.

Samalah dengan seorang wanita yang mengalami nasib sama, namun caranya menggantikan tilam yang rosak, dengan yang 'baru' mencuri tumpuan ramai.

"Dari asyik menunggu sumbangan tilam, baik kutip mana boleh guna..."

Menerusi perkongsian @mamyputriraisha di Tiktok, dia telah berkongsi caranya mengutip tilam yang dibuang kemudian mencucinya sebelum digunakan semula.

Difahamkan, wanita ini tidak betah menunggu sumbangan yang mengambil masa untuk memperoleh yang baru, lalu mencari tilam-tilam yang dibuang namun masih elok sebelum membawa balik untuk dicuci.

"Kitorang buang sebab air kotor taik bersepah..." - Netizen

Video tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang bersetuju tidak kurang juga yang mengecam tindakan wanita ini 'mengutip' tilam yang kotor.

Terbaru, melalui posting dari wanita ini, dia membalas komen seorang netizen yang membidas tindakannya mencuci tilam dibuang kerana dipercayai dipenuhi dengan najis dan tidak rela untuk dipakai semula meskipun dibasuh dengan bersih

"Yang penting orang buang, bukan jemur depan rumah..."

Wanita ini sekali lagi memuat naik satu video menjelaskan yang dia mengambil tilam terbuang, bukan yang dijemur oleh individu di depan rumah. Tindakannya sama sekali tidak menyalahi undang-undang kerana sememangnya mengambil barang yang sudah bukan kepunyaan sesiapa.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen