Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada mengeluarkan kenyataan bahawa jemaah yang pulang dari Arab Saudi dikenakan kuarantin di pusat yang ditetapkan bermula 3 Januari ini.
Difahamkan, keputusan tersebut diambil berikutan kebimbangan terhadap penularab varian Omicron Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Memetik laporan Sinar Harian, pihak kerajaan memaklumkan akan menanggung kos urusan kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari tanah suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
“Kita faham ramai jemaah yang risau akan kos tambahan dan mungkin tidak selesa apabila dikuarantin nanti.
“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta (rujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan. Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya.
Beliau turut memaklumkan beberapa senarai pusat kuarantin untuk jemaah umrah melakukan kuarantin.
Berikut adalah senarai pusat kuarantin untuk jemaah:
Stesen kuarantin Institut Latihan Awam (ILA):
- AKEPT Nilai
- IAB Nilai
- ILIM Bangi
- ISEF Bangi
- ILKAP Bangi
- Pulapol KL
Stesen kuarantin hotel:
Negeri Sembilan:
- Klana Resort, Seremban
Kuala Lumpur:
- Hotel Royal
- Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
- Hotel IBIS, KLCC
- Hotel Furama, Bukit Bintang
- Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
- IBIS Style KL Fraser Business Park
- Hotel AnCasa
- Hotel Cosmo
- Hotel KIP
- Hotel Arena Star
Selangor:
- Hotel Sama-sama
- Hotel Gorsett Grand, Subang
- Hotel Crystall Crown, PJ
- Hotel Sunway Clio
- Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
- Hotel Oriental Crystal
- Hotel Summit, USJ
- Hotel Pegasus, Shah Alam
Tinggalkan Komen