Doa Makbul Untuk Mohon Jodoh.

Assalamualaikum WBT,

Boleh katakan 80% pembaca blog ini terdiri daripada orang yang belum berkahwin.  Bila dah berumah tangga, dah mula masuk buku baru. Ibarat baru nak masuk ke kelas tadika. Rupanya perjalanannya lagi jauh. Belum ada anak, besarkan anak, sekolahkan anak, anak grade…kawin….Duplikasi daripada orang tua kita. Tapi yang hairannya, sekarang ni tak ramai orang yang macam zaman atuk kita dulu anak sampai 15 orang.



Seperti atuk saya yang ada anak sampai 18 orang belah bapak dan 24 orang belah mak. Mungkin dulu serba serbi tak perlu keluarkan kos. Sekarang komitmen memang dasyat. Bil internet kena bayar, astro, maxis, celcom, yang terbaru coway pulak….air minum pun kena bayar komitmen.

Bagi yang belum kahwin mungkin tak fikir soal komitmen lagi. Cuma fikir yang sedap-sedap aje. Bagi yang dah kahwin memang rasa nak patah balik tak boleh, jadi kena teruskan sahaja. Ini pendapat sahaja…jangan percaya cakap saya. Kahwin memang penting sebab ikut Nabi Muhammad SAW.

Saya dulu pun kahwin lambat. Orang lain kahwin ada yang umur 20 lagi macam adik saya. Sekarang anaknya dah 5 orang. Memang gelabah jugaklah dulu belum kahwin. Umur semasa kahwin pun dah 30 tahun. Orang kata jodoh lambat. Ataupun memilih jodoh. Dah namanya jodoh, lambat atau cepat atau memilih….. kalau dah jodoh apa yang kita boleh buat.

Semasa zaman saya bujang dulu, memang saya selain sibuk mencari duit, saya sibuk juga mencari calon. Bila sebut sahaja mencari tentu sahaja dapat. Yang tak dapat sebab tak mencari. Cuma masalahnya bila mencari calon ni, kita tak tahu siapa jodoh kita.



Akhir sekali saya bernekad untuk pergi menunaikan umrah untuk bermohon depan Kaabah untuk dapatkan jodoh. Selain nak mohon depan kaabah, saya nak mohon depan Jabal Rahmah. Bukit tempat pertemuan Nabi Adam bertemu kembali dengan Hawa setelah 40 tahun terpisah selepas diusir dari syurga.

Semasa memanjat bukit jabal Rahmah, saya bersama dengan seorang makcik yang satu rombongan dengan saya. Umurnya dalam 68 tahun. Nak daki bukit tu yang penuh dengan batu panas dan ambik masa 10 minit nak sampai ke puncak. Saya yang muda pun boleh seiring dengan makcik tu.

Gagah betul makcik tu daki. Bila saya tanya dia macamana makcik boleh ada kekuatan untuk sampai ke atas. Katanya, dia nak mohon doa kepada Allah dekat puncak Jabal Rahmah itu untuk nak dia yang belum berkahwin. Katanya anaknya macam tomboy sikit dan dia risau tengok anaknya tak kahwin kahwin.  Nanti sambung kisah makcik tu.

Bila dah sampai ke puncak , baru saya nampak ada tangga dekat bahagian sebelah bukit. Patutlah ramai orang boleh naik ke atas bukit tu. Kalau ikut batu kena melompat. Bila sampai aje di atas, saya berdoa. Tetapi dalam masa yang sama ada gangguan. Gangguan dari orang Baduwi yang nak pow duit.

Cara dia nak pow dia bagi kita free marker untuk conteng di tiang yang ada di Jabal Rahmah. Bila kita pegang sahaja pen marker tu, dia akan ambik gambar lalu dia paksa kita bayar dia RM100. Masa tu saya dah tahu tektik mereka jadi saya buat bodoh sahaja dan terus berdoa.



Lepas berdoa, saya turun dari bukit Jabal Rahmah ikut tangga. Sepanjang tangga tu ramai orang minta sedekah dan ramai yang tak ada anggota badan, cacat…kalau tengok memang kesian. Sebenarnya mereka ni bukan orang yang kudung kerana hukuman mencuri tetapi ibu bapa mereka yang sendiri cacatkan mereka kerana tak nampak masa depan anak mereka selain dari minta sedekah. Itu pun saya dapat tahu dari ustad yang bawa kami ke situ.

Didepan kaabah memang saya masa itu mohon jodoh sahaja. Orang kata, bila dekat mekah, mulut kena jaga dan hati pun kena bersih. Ada kawan saya kena ujian, dia kata dekat mekah ni ramai betul orang kulit hitam. Lepas dia cakap macam itu, terus orang yang berurusan dengan dia semuanya kulit hitam dan besar-besar sampai dia sendiri kena rempuh.

Jadi disana saya cuma bayangkan nak lihat orang yang cantik-cantik. Bila buka sahaja mata, memang semua orang yang saya lihat cantik-cantik belaka. Yang menangis depan kaabah pun cantik, yang termenung pun cantik, yang tengah beribadah pun cantik.Orang yang ada disitu keturunan bosnia, iran, macam mat saleh pun ada… Jadi saya mohon lah doa lagi pasal jodoh…



Dipendekkan cerita, selepas balik dari Mekah 3 bulan kemudian, saya berkahwin dengan orang yang saya kenal baru seminggu dan terus ajak kahwin. Saya kata pada isteri saya yang saya nampak dia disebelah kaabah semasa saya disana dan lepas saya lihat ketika  itu saya berdoa…Dapat macam itu pun jadiklah…. Bukan isteri saya sebenarnya yang depan kaabah itu. Rupa macam dia sahaja.

Alhamdulillah, saya memilih bercinta selepas kahwin. Biarpun baru kenal tetapi dah berani ajak kahwin. Tak perlu nak tunggu lama-lama nak kena bercinta kenal hati budi dululah…penat dan banyak kos.

Makcik yang saya cerita kisah dia tadi tu pun anaknya yang macam tomboy dah kahwin. Doa makcik tu termakbul juga. Jadi apa yang saya boleh kongsikan untuk anda yang belum berkahwin dan ada kemampuan, pergilah buat umrah dulu. Mohon depan kaabah kerana jika tak minta tak dapat. Depan kaabah kalau berdoa , memang dapat. Sebab dalam 8 benda yang saya mohon, 5 yang sangkut. 3 lagi mungkin belum atau saya tak perasan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen